"Dosa sorok-sorok. Buat diam-diam, tiada siapa yang tahu."
Pegangan sebegini, menutup rasa mahu bertaubat. Seakan-akan tiada ancaman sebagai peringatan untuk tahan diri daripada terus berbuat dosa.
Memang dosa yang dilakukan, tiada siapa akan tahu?
"Allah je tahu. Tapi takpe, boleh minta ampun. Allah Maha Pengampun."
Sedarkah kita akan sunnahNya?
Bahawa dosa yang berulang Kali dibuat akan didedahkan pada umum. Sebagai bentuk azab penghinaan di dunia.
"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah."
Surah At-Taubah mengajar kita sesuatu.
Bahawa dosa yang berterusan dibuat akan dibongkar pada khalayak ramai ketika di dunia. Manakala akhirat pula, azab besar menanti.
Kehinaan di dunia dan akhirat apabila memilih konsisten buat dosa.
=====
{ وَمِمَّنۡ حَوۡلَكُم مِّنَ ٱلۡأَعۡرَابِ مُنَٰفِقُونَۖ وَمِنۡ أَهۡلِ ٱلۡمَدِينَةِ مَرَدُواْ عَلَى ٱلنِّفَاقِ لَا تَعۡلَمُهُمۡۖ نَحۡنُ نَعۡلَمُهُمۡۚ سَنُعَذِّبُهُم مَّرَّتَيۡنِ ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِيمٖ }
Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.
[Surah At-Tawbah: 101]
======
Realiti akhbar memang kita dapat tahu berita pesalah-pesalah yang banyak kali berbuat dosa. Ada yang berbuat dosa sembunyi-sembunyi dalam rumah. Hatta jiran sebelah tidak tahu, tapi terbongkar juga.
Justeru, renungan buat diri.
Jika Iman pada akhirat masih lemah mengakibatkan kurang rasa ancaman azab neraka,
Renung-renungkanlah azab kehinaan di dunia. Sanggupkah menanggung malu jika tabiat buruk berbuat dosa terbongkar di khalayak? Sanggupkah hadapinya?
Bertaubatlah.
Tinggalkan dosa sungguh-sungguh
Ulasan
Catat Ulasan