Manusia yang menganggap Quran cerita dongeng


Situasi 1: Diajak rakan ke kelas Tadabbur Quran, lalu direspon,

"Awak nak Tadabbur ke? Takpe awak pergilah. Saya belum rasa nak pergi."

Situasi 2: Ketika dapat duit gaji, tiba-tiba kawan ajak daftar kelas Quran, 
"Saya tak bolehlah spend untuk Quran, ada benda lain  saya kena bayar."

"Cerita dongeng" tu apa?
"Cerita dongeng" adalah sesuatu yang tak penting. Yang tak rugi pun kalau tak tahu. Maka selayaknya cerita dongeng itu diabaikan. 

Itulah maksud kafir Quraisy zaman Nabi. 

Ketika wahyu disampaikan kepada mereka, mereka respon umpama,

"Dah..dah.. cukup. Saya tahu dah, pernah dengar sebelum ni sebab awak pernah sampaikan. Cerita tipu je semua ni."

======
{ وَإِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُنَا قَالُواْ قَدۡ سَمِعۡنَا لَوۡ نَشَآءُ لَقُلۡنَا مِثۡلَ هَٰذَآ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّآ أَسَٰطِيرُ ٱلۡأَوَّلِينَ }

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengarnya. Kalau kami mahu, nescaya kami dapat mengatakan (kata-kata) seperti (Al-Quran) ini. (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah cerita cerita dongeng orang-orang dahulu kala".

[Surah Al-Anfāl: 31]
======


Inilah sikap musyrikin Mekah zaman dahulu. Mereka merasakan Quran itu tidak bernilai. Yang tak rugi apapun jika tak faham wahyu. 

Kerana bagi mereka, Quran itu sama taraf dengan "cerita dongeng" yang tiada manfaat, tiada kebaikan. 

Kita zaman ini, meskipun tidak melabel Quran sebagai "cerita dongeng" secara zahir, usah berbuat sama  seperti mereka. Usah abaikan Quran dan merasakan Quran tidak penting untuk difahami persis "cerita dongeng". 

Jangan. 
Jangan telusuri jejak mereka. 
Kerana itulah jalan kesesatan.

Ulasan