Dulu, setiap kali baca Al-Baqarah, timbul tanda tanya.
Kenapa Allah s.w.t tekankan peribadi bertaqwa yang dapat petunjuk daripada Quran?
Bagaimana dengan orang lain yang tak bertaqwa? Mereka tak boleh dapat petunjuk daripada Quran?
Rupa-rupanya ada sesuatu di sebalik makna taqwa membuatkan jiwa mereka dapat ambil manfaat daripada Quran.
Taqwa adalah daripada kata akar وقي yang bermakna "untuk menjaga/memelihara."
Kalimah "waqiyyah" adalah satu objek untuk menjaga/melindungi seseorang seperti perisai.
Jadi, taqwa tu apa?
Taqwa bermakna satu sifat manusia yang mahu jaga & pelihara diri daripada dimurkai Allah. Orang bertaqwa mahu selamatkan diri daripada azab neraka. Rasa mahu melindungi diri daripada diazab Allah membuatkan mereka berusaha taat segala perintahNya & jauhi laranganNya. Disebabkan itu, Quran jadi sumber penting kepada mereka kerana melalui Quran, mereka tahu bagaimana untuk taat kepada Allah s.w.t, moga² terselamat daripada kemurkaanNya.
Maka, Quran jadi petunjuk buat orang bertaqwa.
ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَKitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;Al-Baqarah, 2:2
Seorang anak yang bertaqwa, akan mahu faham Quran. Kerana mahu taat berbakti kepada ibu bapa seperti anjuran surah Al-Isra', Al-Ahqaf & Luqman.
Seorang ayah yang bertaqwa, akan mahu faham Quran. Kerana mahu bertanggungjawab jaga isteri & anak² seperti dalam surah Al-Baqarah, An-Nisa' & At-Taghabun.
Seorang ibu yang bertaqwa, akan mahu faham Quran. Kerana mahu jaga amanah sebagai isteri seperti dalam surah An-Nisa' & At-Tahrim, juga tanggungjawab sebagai ibu seperti dalam surah Luqman & Maryam.
Quran dan orang bertaqwa, tiada berpisah.
Buat orang bertaqwa, Quran itu sangat-sangat bernilai. Kerana melalui Quran, orang bertaqwa dapat petunjuk bagaimana nak selamatkan diri daripada kedahsyatan azab neraka serta kemurkaan Allah s.w.t.
Maka.
Sejauh mana seseorang dapat manfaat petunjuk Quran, rupa-rupanya amat terkait tahap taqwanya.
Lalu, memang kita temui manusia yang secara ilmunya tahu akan halal haram. Tetapi sikapnya, Masih melakukan maksiat. Ilmu petunjuk yang digarap, tidak membuahkan amal soleh. Jika tiada taqwa dalam jiwa.
"Jadi, tak cukup lah hanya minta petunjuk kepada Allah setiap solat?"
Melalui ayat ini, tahulah kita. Rupa-rupanya untuk dapatkan petunjuk, perlukan usaha. Perlu berkerja keras. Perlu jadikan diri orang bertaqwa. Tak boleh sekadar berdoa mohon petunjuk semata-mata.
Kita tidak boleh sesuka hati sewenang-wenangnya di dunia sambil beri alasan "Belum sampai seru atau belum dapat hidayah."
Seolah-olah Allah yang salah belum berikan petunjuk. Seolah-olah Allah yang membuatkan diri sesat.
Persis Iblis yang salahkan Allah kerana sesat.
قَالَ فَبِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَٰطَكَ ٱلْمُسْتَقِيمَIblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;Al-A'raf 7:16
Justeru...
Bagaimana nak jadi orang bertaqwa?
Jawapannya ada pada ayat ke-3 & ke-4 surah Al-Baqarah.
Ulasan
Catat Ulasan