Terlihat yang di genggaman manusia? Cepat-cepat bermohon padaNya.


"Tengok tu. Dia dapat anak lagi." Cik L menunjukkan akaun Instagram temannya kepada Puan B dengan nada tak puas hati. 

Puan B tiba-tiba angkat tangan berdoa.
Cik L terpinga-pinga .
"Eh kau tiba-tiba nak doakan dia?"

"Taklah. Aku doa untuk diri sendiri."

"Kau tak cemburu?"

"Allah boleh bagi dia, maknanya Allah boleh bagi kita juga. Mintalah pada Allah." 
.
.
.
.
.
Rasa iri hati?

Ada teladan Indah ternukil dalam Surah Ali-Imran. 

Setelah mendapat tahu nikmat kurniaan Allah s.w.t yang diterima Maryam, Nabi Zakariyya a.s terus berdoa pada tempat & masa yang sama ( هُنَالِكَ ). 
=====
 كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيۡهَا زَكَرِيَّا ٱلۡمِحۡرَابَ وَجَدَ عِندَهَا رِزۡقٗاۖ قَالَ يَٰمَرۡيَمُ أَنَّىٰ لَكِ هَٰذَاۖ قَالَتۡ هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِۖ إِنَّ ٱللَّهَ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ 
Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".

{ هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُۥۖ قَالَ رَبِّ هَبۡ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةٗ طَيِّبَةًۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ }

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

[Surah Âl-`Imrân: 37-38]
=====

Tatkala kita terdengar atau terlihat nikmat yang dimiliki orang lain, apakah tindakan kita?

Adakah rasa cemburu?
Atau dengki?
Langsung mahu "unfollow" pihak tersebut di media sosial?

Nabi Zakariyya a.s mengajar teladan agung. Bahawa tatkala mengetahui atau nampak sesuatu nikmat pada orang lain, bersegeralah bermohon kepadaNya apa yang dihajati. Bukan rasa cemburu atau dengki. 

Sebagaimana Allah s.w.t mampu memberi nikmat kepada manusia lain yang kita perhatikan. Dialah juga yang mampu kurniakan nikmat kepada kita. 
=====

{ وَلَا تَتَمَنَّوۡاْ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعۡضَكُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٞ مِّمَّا ٱكۡتَسَبُواْۖ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٞ مِّمَّا ٱكۡتَسَبۡنَۚ وَسۡـَٔلُواْ ٱللَّهَ مِن فَضۡلِهِۦٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٗا }

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[Surah An-Nisâ': 32]
=====


Ulasan