Berhala moden



"Kau tahu, kalau kau buat begini & begini, kau akan dapat rezeki. Kau akan kaya."

"Baca wirid duit ni setiap hari, rezeki akan turun mencurah-curah."

"Kawal getaran badan, kuasai vibration untuk magnet rezeki, kau akan berjaya. Buat hari-hari." 

Pernah dengar statement sebegini ? 

Semakin menjadi-jadi dewasa ini.

Ada yang tak nampak salah. Bukankah itu usaha mendapatkan rezeki?

Nak rezeki, kenalah usaha. 

Cuba fikirkan sejarah permulaan berhala di Makkah.

 Setelah tempoh kenabian Nabi Ismail a.s, agama tauhid Makin terhakis. Orang-orang Arab berdagang ke negeri sekitar. Ada Yang melihat kemajuan & kekayaan rezeki negeri lain lalu bertanya formula.

"Bagaimana kalian boleh kaya begini?"

Dan diajarkanlah penyembahan berhala.
Itulah titik permulaan berhala dibawa masuk ke Makkah. 

Bukanlah kerana percaya pada batu yang diukir.
Tetapi kerana keinginan syahwat raih rezeki melimpah-ruah, lalu menciduk kepercayaan agamaa lain yang dilihat "berjaya".

Kita kena buat juga seperti mereka, supaya kita juga kaya. 

Apabila neraca kebenaran diletak pada kejayaan kekayaan, manusia sanggup membenarkan apa yang batil & beri seribu hujah membenarkannya.

Jangan.

Jangan ikut agama lain.
Tak rasa agama yang dianuti itu sempurna?

=====
{ قُلۡ يَٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ لَا تَغۡلُواْ فِي دِينِكُمۡ غَيۡرَ ٱلۡحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوٓاْ أَهۡوَآءَ قَوۡمٖ قَدۡ ضَلُّواْ مِن قَبۡلُ وَأَضَلُّواْ كَثِيرٗا وَضَلُّواْ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ }

Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"

[Surah Al-Mâ'idah: 77]
=====

Ayat ini melarang ikut agama lain yang sesat.

Agama Nasrani menjadi sesat kerana ikut agama lain.
Agama Yahudi juga jadi sesat kerana percampuran kefahaman sumber lain. 

Semalam, yang Christians menyambut Christmas. 
Tahukah anda, bahkan perayaan Christmas tidak ada dalam kitab bible? Konsep Trinity juga tiada dalam kitab bible. 

Konsep tersebut diambil daripada banyak sumber lain kerana konsep Trinity sudah lama mengakar dalam tamadun lain seperti Hinduism, Greece & Rome. 

Agama Yahudi pula, ingatkah anda akan permintaan Bani Israil setelah diselamatkan Allah s.w.t?

=====
{ وَجَٰوَزۡنَا بِبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ٱلۡبَحۡرَ فَأَتَوۡاْ عَلَىٰ قَوۡمٖ يَعۡكُفُونَ عَلَىٰٓ أَصۡنَامٖ لَّهُمۡۚ قَالُواْ يَٰمُوسَى ٱجۡعَل لَّنَآ إِلَٰهٗا كَمَا لَهُمۡ ءَالِهَةٞۚ قَالَ إِنَّكُمۡ قَوۡمٞ تَجۡهَلُونَ }

Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.
[Surah Al-A`râf: 138]
======

Pelik. 
Bagaimana Bani Israil sanggup bertindak biadap, turut mahu berhala yang dilihat pada bangsa lain, sedangkan mereka baru sahaja diselamatkan daripada Firaun. 

Jika direnung situasi semasa,
Memang ada Muslim tanpa segan-silu mengajar segala ilmu² mendapatkan rezeki yang bukan berasal daripada didikan Allah s.w.t

Sebelum mengambil formula agama lain dalam soal rezeki,
Seperti penduduk Makkah yang bawa berhala masuk,
Seperti Bani Israil yang meminta berhala daripada Nabi Musa
.... Sudahkah penuhi syarat-syarat Allah s.w.t kurniakan bantuan rezekiNya seperti yang dirakam wahyu?

Allah ar-Razzaq. 
Dialah Yang Maha Memberi Rezeki.
Allah s.w.t sebagai pencipta telah menjelaskan formula menjemput rezekiNya dalam Quran. 
Kenapa berani adakan tandingan iaitu kaedah lain selain yang diajarkan Allah s.w.t? 

#005AlMaidah

Ulasan