Berdoalah saat menaiki kenderaan


Malam tadi, semasa sesi tasmi' terjemah word by word lesson TQE dalam study group, kami yang dari Malaysia tersentap dengan ayat ini.

Peristiwa jet terhempas di Shah Alam sangat-sangat menyayat hati. 

Ayat yang dibaca terasa sangat signifikan kerana baru sahaja berlaku.

=====
{ ۞وَقَالَ ٱرۡكَبُواْ فِيهَا بِسۡمِ ٱللَّهِ مَجۡرٜىٰهَا وَمُرۡسَىٰهَآۚ إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

[Surah Hūd: 41]
=====

Dalam kita mengemudi kenderaan, sedikit yang dalam kawalan.
Banyak lagi faktor di luar kawalan kita.

Bahkan untuk pemandu menggerakkan tangan mengawal sistem dalam pesawat, dia perlukan sistem saraf & sistem endokrin berfungsi baik agar mampu memandu dengan cekap. Tidak dapat kita bayangkan jika tiba-tiba strok, sakit jantung atau pitam ketika memandu. 

Keadaan di luar pesawat juga, keadaan cuaca, angin dan macam-macam, semuanya di luar kawalan manusia.

Lalu.
Sebagai hamba lemah yang menaiki kenderaan, kita amat berhajatkan pada basmalah.

Dengan nama Allah s.w.t, kami mohon pertolongan untuk bergeraknya kenderaan & ketika ia berhenti (mendarat). 

Takziah untuk keluarga mangsa kemalangan. Moga Allah s.w.t merahmati & mengampuni semuanya. Moga urusan ahli keluarga dipermudahkan. 
.
.
.
Kematian benar-benar peringatan buat yang masih hidup. 

#011Hud

Ulasan