Merancang nikmat kejiranan di syurga.
____________
"Awak tahu satu kawasan perumahan ni? Pemilik niat nak jadikan satu kawasan baik, so penghuninya semua orang bertaqwa."
Masa terdengar idea itu, saya rasa tak mudah nak capai. Sesiapa yang nak beli rumah situ kena ditemuramah ke? Perlu menepati ciri-ciri ketaqwaan agar layak berada di sana.
Realiti hidup di dunia, Kita tak boleh kawal kesolehan & ketaqwaan orang lain.
Yang dalam kawalan adalah tanggungjawab dakwah, Amar makruf Nahi mungkar.
Pun begitu, di akhirat nanti, Allah s.w.t memang sediakan teman-teman terbaik buat yang taat kepada Allah s.w.t dan rasul. Saat itu tiba, yang menjadi teman akrab mendampingi adalah kalangan para Nabi, syuhada', siddiqin & solihin.
======
{ وَمَن یُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَعَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَیۡهِم مِّنَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ وَٱلصِّدِّیقِینَ وَٱلشُّهَدَاۤءِ وَٱلصَّـٰلِحِینَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ رَفِیقࣰا (69) ذَ ٰلِكَ ٱلۡفَضۡلُ مِنَ ٱللَّهِۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ عَلِیمࣰا (70) }
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
[Surah An-Nisâ': 69-70]
=====
Mesti seronok.
Berada dalam syurga sambil didampingi mereka yang setiap hari kita berdoa agar dapat petunjuk jalan seperti yang mereka tempuh.
=====
{ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَ ٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ (6) صِرَ ٰطَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمۡتَ عَلَیۡهِمۡ
Tunjukkanlah kami ke jalane yang lurus, jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
[Surah Al-Fâtihah: 6-7]
=====
Nikmat berteman & berjiran di syurga :-)
Kuncinya, taatlah kepada Allah s.w.t dan rasul.
Untuk taat, perlu fahami apa yang rasul sampaikan mengenai kalamNya.
Ulasan
Catat Ulasan