Dilakukan untuk menghilangkan rasa yang tidak disukai (bosan, unlovable).
Angan-angan,
Adalah satu perilaku dalaman yang menghasilkan hormon dopamine, membuat jiwa gembira.
Apa yang nak diangan-angankan pun ikut jalan cerita masing-masing. Kerana itu ia menjadi suatu ketagihan jika diteruskan.
Seperti novel cinta yang direka mengikut nafsu & imaginasi penulis.
Jangka masa pendek memberi rasa gembira & seronok.
Realitinya memakan masa dan membuat manusia lupa diri.
Itu semua kecintaan & kasih sayang menipu yang diimaginasikan akal.
Tidak berpijak pada realiti
Tiada yang dinikmati pada alam realiti.
Apa ubatnya?
Fahami nikmat cinta sebenar.
Bahawa ada yang benar-benar menyayangi & mencintai secara tulus.
Malaikat akan turun mengungkapkan bicara cinta saat kau memilih istiqamah atas tauhid.
======
إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسْتَقَٰمُوا۟ تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَبْشِرُوا۟ بِٱلْجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمْ تُوعَدُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
نَحْنُ أَوْلِيَآؤُكُمْ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَفِى ٱلْءَاخِرَةِۖ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِىٓ أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.
نُزُلًا مِّنْ غَفُورٍ رَّحِيمٍ
"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"
Al-Fussilat, 41 : 30-32
=====
Ada sahabat-sahabat yang menantimu di syurga saat kau memilih jalan yang lurus.
=====
وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ مَعَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّۦنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَٱلصَّٰلِحِينَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَٰٓئِكَ رَفِيقًا
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
ذَٰلِكَ ٱلْفَضْلُ مِنَ ٱللَّهِۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ عَلِيمًا
Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
An-Nisa' 4:69-70
======
Mungkin ada yang suka mengangan-angankan kebersamaan dengan insan yang diharapkan peduli & mencintai diri.
Meskipun di alam realiti, semuanya itu tiada.
Meskipun di alam realiti, si dia tak peduli pun soal dirimu.
Justeru, sedari kebersamaan Allah Yang Maha Penyayang.
Sedarilah bahawa Dia sentiasa ada mencukupkan keperluanmu setiap detik tanpa kau minta.
Saat kau memilih jalan bersabar & taqwa, Dia akan bersama.
=====
Al-Baqarah 2:153
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
An-Nahl 16:128
إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوا۟ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحْسِنُونَ
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Al-'Ankabut 29:69
وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
======
Masih mencintai "dadah" angan-angan yang mencetus hormon gembira?
It's a fake love.
Pilihlah jalan kembali.
Choose real love.
Pilihlah untuk istiqamah atas tauhid.
Pilihlah untuk Sabar, jihad, bertaqwa dan muhsin.
Pasti malaikat akan turun kepadamu untuk menggembirakan.
Pasti Allah akan bersama.
Mengapa mengharap pada ilusi jika peluang mengharap pada kebenaran itu ada?
Ulasan
Catat Ulasan