Di kampung, geng umur-umur kami dah raih gelar generasi kedua. Sebab mak abah & mak ayah saudara dah jadi gen-1 setelah atuk & nenek pergi.
Anak-anak saudara, generasi ke-3.
Melihat generasi demi generasi, teringat konsep khalifah.
Satu generasi menggantikan generasi lain.
Tanggungjawab generasi sebelumnya mewariskan apa yang telah dipelajari daripada wahyu agar terus lahir generasi penyembah Allah s.w.t.
Kalau didikan wahyu terputus, habislah generasi berikutnya .. Usah diulang sejarah kaum 'Aad dan Tsamud.
.
.
.
Lama dulu, dalam satu daurah topik 'Tujuan penciptaan manusia', seorang ustaz bertanya,
"Salah satu definisi khalifah adalah jadi wakil. Setuju?"
Kami mengangguk.
Memang itu yang biasa dengar.
Khalifah = Wakil Allah.
Jawapan skema dalam buku teks subjek 'sejarah'.
"Jadi, tugas apa yang Allah s.w.t wakilkan pada kita?"
Saya yang mendengar ketika itu terngiang-ngiang keyword "tugas".
"Tugas Allah s.w.t yang diwakilkan pada manusia?"
Hmmm...
Biasanya, seseorang yang pegang amanah atau tugas, bilamana perlu ke luar negara atau bercuti, dia perlu wakilkan seseorang yang berkemampuan untuk ganti.
Wakil tersebut perlu berkemampuan galas tanggungjawab agar amanah diri yang mewakilkan tetap dapat dilaksanakan walaupun dirinya tiada ketika itu.
Memang itulah tugas "Wakil".
Ketika Nabi Musa a.s mewakilkan Nabi Harun a.s, Allah s.w.t menggunakan kalimah ٱخۡلُفۡنِي (kata akar خلف) untuk gambarkan perbuatan tersebut
Apakah tugas Nabi Musa a.s yang diwakilkan kepada Nabi Harun?
=====
{ ۞وَوَٰعَدۡنَا مُوسَىٰ ثَلَٰثِينَ لَيۡلَةٗ وَأَتۡمَمۡنَٰهَا بِعَشۡرٖ فَتَمَّ مِيقَٰتُ رَبِّهِۦٓ أَرۡبَعِينَ لَيۡلَةٗۚ وَقَالَ مُوسَىٰ لِأَخِيهِ هَٰرُونَ ٱخۡلُفۡنِي فِي قَوۡمِي وَأَصۡلِحۡ وَلَا تَتَّبِعۡ سَبِيلَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ }
Dan kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): "Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan".
[Surah Al-Aʿrāf: 142]
=====
Kembali pada persoalan manusia sebagai khalifah.
=====
{ وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ }
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
[Surah Al-Baqarah: 30]
=====
Apakah kapasiti yang ada pada Adam a.s. (dan anak cucunya) membuatkan baginda layak galas tanggungjawab sebagai wakil Allah s.w.t?
======
{ وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَاۤءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِی بِأَسۡمَاۤءِ هَـٰۤؤُلَاۤءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِینَ (31) قَالُوا۟ سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَاۤ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِیمُ ٱلۡحَكِیمُ (32) قَالَ یَـٰۤـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَاۤىِٕهِمۡۖ فَلَمَّاۤ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَاۤىِٕهِمۡ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّیۤ أَعۡلَمُ غَیۡبَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ (33) }
Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
[Surah Al-Baqarah: 31-33]
=====
Setiap makhluk di muka bumi ini hakikatnya tunduk patuh kepada Allah s.w.t.
Khusus makhluk bernama "manusia", kita diberi pilihan untuk tunduk atau ingkar dalam tempoh masa singkat hidup di dunia.
Akhirnya, pada kehidupan selepas kematian, tetap semua manusia akan tunduk kepada Allah s.w.t. Mana-mana yang ingkar ketika di dunia, akan dapat pengadilan di akhirat.
Tugas orang beriman, adalah mengajarkan apa yang diajarkan Allah s.w.t kepadanya, agar manusia memilih jalan tunduk serah diri kepadaNya.
Itulah tugas Wakil Allah s.w.t.
Itulah peranan khalifah.
Yang diajar Allah s.w.t & kemudiannya mengajar yang lain.
Itulah kemahiran yang memungkinkan Adam a.s. layak galas tanggungjawab sebagai khalifah.
=====
{ ٱلرَّحۡمَـٰنُ (1) عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ (2) }
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[Surah Ar-Raḥmān: 1-2]
=====
Justeru.
Untuk jiwa yang peduli memenuhi tujuan penciptaan sebagai khalifah Allah s.w.t,
Sudahkah memulakan langkah pertama sediakan diri untuk diajar Allah s.w.t melalui Al-Quran?
Kemudian, ajarkan kepada generasi berikutnya akan wahyu ilahi..
Ulasan
Catat Ulasan