Usah menjemput penyakit 'Ain (evil eyes)




Pernah rasa mendapat musibah/ keburukan akibat kecemburuan atau kedengkian manusia lain? 

Dengki manusia ini realiti. 
Disebabkan itulah kita diajar bermohon perlindungan kepada Allah swt daripada kejahatan si pendengki.

=====
{ قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ (1) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِی ٱلۡعُقَدِ (4) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5) }
[Surah Al-Falaq: 1-5]
=====

Dalam surah Yusuf, kita belajar teladan Nabi Yaakub a.s yang berhati-hati terhadap kedengkian manusia. 

Pertama adalah ketika peristiwa mimpi Nabi Yusuf a.s
Kedua adalah ketika kesemua anak-anaknya mahu memasuki Kota Mesir. 

Ketika Nabi Yusuf a.s menceritakan kepada ayahnya perihal mimpi & Nabi Yaakub sedar bahawa Allah SWT mahu angkat darjat Nabi Yusuf, Nabi Yaakub menasihatinya agar tidak menceritakan mimpi tersebut kepada abang-abangnya.

Bimbang, jika abang-abangnya tahu kelebihan nikmat yang bakal diberikan kepada Yusuf a.s, mereka akan dengki.

=====
{ قَالَ یَـٰبُنَیَّ لَا تَقۡصُصۡ رُءۡیَاكَ عَلَىٰۤ إِخۡوَتِكَ فَیَكِیدُوا۟ لَكَ كَیۡدًاۖ إِنَّ ٱلشَّیۡطَـٰنَ لِلۡإِنسَـٰنِ عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ (5) وَكَذَ ٰ⁠لِكَ یَجۡتَبِیكَ رَبُّكَ وَیُعَلِّمُكَ مِن تَأۡوِیلِ ٱلۡأَحَادِیثِ وَیُتِمُّ نِعۡمَتَهُۥ عَلَیۡكَ وَعَلَىٰۤ ءَالِ یَعۡقُوبَ كَمَاۤ أَتَمَّهَا عَلَىٰۤ أَبَوَیۡكَ مِن قَبۡلُ إِبۡرَ ٰ⁠هِیمَ وَإِسۡحَـٰقَۚ إِنَّ رَبَّكَ عَلِیمٌ حَكِیمࣱ (6) }
Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu takbir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub: sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
[Surah Yūsuf: 5-6]
=====

Peristiwa kedua pula, ketika anak-anaknya mahu membawa Bunyamin bersama ke Mesir, Nabi Yaakub menyarankan mereka tidak masuk melalui satu pintu sahaja. Sebaliknya, masuklah melalui banyak pintu. 

Antara manfaat daripada tindakan ini adalah agar penduduk Kota Mesir tidak terpegun mahupun takjub terhadap kehebatan dan ketampanan mereka (11 orang). Moga-moga tiada yang dengki dan cemburu terhadap nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada mereka. 

=====
{ وَقَالَ يَٰبَنِيَّ لَا تَدۡخُلُواْ مِنۢ بَابٖ وَٰحِدٖ وَٱدۡخُلُواْ مِنۡ أَبۡوَٰبٖ مُّتَفَرِّقَةٖۖ وَمَآ أُغۡنِي عَنكُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن شَيۡءٍۖ إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِۖ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَعَلَيۡهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُتَوَكِّلُونَ }

Dan ia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
[Surah Yūsuf: 67]
=====

Merenung Kita pada zaman ini, kewujudan media sosial membuatkan ramai suka mempamerkan dan menunjuk-nunjuk nikmat yang dimiliki. Tidak berhati-hati dengan golongan manusia pendengki . 

Islam sebaliknya mengajar untuk hanya mempamerkan nikmat jika Ada manfaat yang diraih kepada pihak yang dipamerkan. 

Misalnya, anda direzekikan nikmat ilmu dan anda mahu menyebarkan nikmat ilmu tersebut untuk manfaat semua, itu adalah perbuatan terpuji.

Sebaiknya, jika nikmat yang ditunjukkan tidak memberi kebaikan, tidak menambahkan Iman manusia lain, sebaiknya sembunyikanlah.

Nikmatilah kurniaan Allah swt tanpa perlu menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengannya. 

Teladanilah peribadi Nabi Yaakub a.s. 
Sembunyikanlah nikmat yang diperoleh andai anda menyedari bahawa mempamerkannya boleh mengunfang rasa iri hati dan cemburu. 


Ulasan