Pengenalan Al-Baqarah

 


Antara tema surah ini :

  1. Tanggungjawab atas bumi
  2. Identiti teguh sebagai seorang pemimpin
Surah ini adalah surah yang ke-87 turun (Madaniyyah) dan turun selepas surah Al-Mutaffifin.
Menarik jika direnungkan, surah ke-2 dalam turutan mushaf Al-Quran, banyak memaparkan sikap "anak murid" degil iaitu Bani Israel. Sedikit sebanyak beri kita pengajaran untuk tidak ikut jejak langkah mereka ketika mahu memahami ayat-ayat Allah.

Di dalam surah Al-Baqarah, ada teladan kepimpinan Nabi Adam, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Thalut dan Nabi Daud. Pada masa yang sama, ada kisah Iblis, Bani Israil dan Jalut.
Keluarga sebagai unit kedua terkecil (selepas individu) dalam masyarakat juga dapat banyak panduan dalam surah Al-Baqarah. Ayat-ayat hukum-hakam suami isteri banyak ditutup dengan nama-nama Allah beri mesej pentingnya mengenali Allah agar mampu mengemudi tindakan selari jalan taqwa.
Bermula dengan teguh memimpin diri, seterusnya keluarga dan organisasi. Pimpinlah penuh tanggungjawab sebagai orang bertaqwa

Ulasan