Usah lalai akan kekuasaan Allah s.w.t


"Disebabkan kepandaian sayalah, projek tu berjaya."

"Mujur ada alat ni, selamat kita." 
.
.
.
Pernah punyai pengalaman dengan kata-kata di atas? Melalui perspektif kita yang terbatas, hukum sebab-akibat terbatas pada apa yang dapat dilihat. 

Tetapi, bagi jiwa yang mengimani hal yang ghaib, akan menyedari bahawa di sebalik keberhasilan sesuatu, ada kuasa Allah s.w.t yang memungkinkan ia berlaku. 

Pada zaman Nabi Musa a.s, Bani Israil berkali-kali melihat ketakjuban mukjizat tongkat baginda.

Pada satu waktu, tongkat itu mengeringkan laut dengan membuatnya terbelah. 

Pada waktu yang lain, tongkat itu membuatkan air terpancar-pancar. 

=====
 وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ إِذِ ٱسۡتَسۡقَىٰهُ قَوۡمُهُۥٓ أَنِ ٱضۡرِب بِّعَصَاكَ ٱلۡحَجَرَۖ فَٱنۢبَجَسَتۡ مِنۡهُ ٱثۡنَتَا عَشۡرَةَ عَيۡنٗاۖ 
dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. 
[Surah Al-Aʿrāf: 160]
=====

Bagaimana tongkat yang sama boleh mengeringkan air dan memancarkan air?

Hakikatnya, yang mengizinkannya berlaku adalah Allah s.w.t. 

Api boleh membakar dan menghanguskan badan. Tapi, api juga boleh jadi keselamatan kepada Nabi Ibrahim a.s. 

Pelajarilah hakikat ini.
Bahawa hukum sebab-akibat adalah dalam wilayah kekuasaanNya. Dialah yang mengizinkan. Dialah yang mentadbir alam semesta 

Justeru, mengabdilah kepadaNya. 
Usah mempertuhankan diri sendiri dengan merasakan "Akulah yang jadi sebab keberhasilan sesuatu." 

Penuh tunduk, bergantung haraplah kepadaNya. 

MashaAllah.
SubhanAllah
Alhamdulillah
Allahu Akbar.

#007
#alaraf

Ulasan