Ali berusia 8 tahun.
Pada suatu pagi, dia balik rumah setelah penat bermain lalu panggil ibunya "Ibu, ada makanan tak? Lapar."
Ibu pun jawab "Tu makanan atas meja, makanlah."
Ali melihat makanan atas meja.
Kemudian dia keluar.
Sambung bermain.
Beberapa jam kemudian, dia pulang ke rumah, sekali lagi meminta kepada ibunya, "Ibu, nak makan. Lapar."
Ibunya mengingatkan "Kan ibu dah kata, makanan atas meja. Makanlah."
Ali melihat makanan atas meja.
Kemudian dia keluar.
Sambung bermain.
Hari semakin petang, akhirnya Ali pulang ke rumah. Dia minta lagi kepada ibunya, "Ibu, nak makan."
Sabar si ibu, jawab ringkas. "Makanan atas meja, nak."
Agak-agak, apa yang Ali akan lakukan?
Adakah Ali akan makan kali ini?
Dan bagaimana jika Ali mengulang perangai begini 17 kali sehari? 17 kali minta makan kepada ibunya, tapi setelah diberi, hanya perhatikan. Tidak dijamah. Keluar rumah.
Dapat tangkap saya sedang kemukakan analogi apa?
Saya cuba nak analogikan sikap sesetengah manusia yang minima minta petunjuk kepada Allah 17 kali sehari dalam solatnya.
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَTunjukilah kami jalan yang lurus.Al-Fatihah 1:6
Tapi, setelah diberikan petunjuk dalam Quran, hanya perhatikan Quran. Tidak diambil & difahami.
Kemudian minta lagi petunjuk.
Berulangkali minta petunjuk setiap hari setiap Kali waktu solat. Tetapi tiada usaha memahami petunjuk dalam wahyu.
Seperti Ali.
Minta makan, setelah diberi, enggan jamah. Kemudian minta lagi.
Sedangkan, petunjuk sudah diberikan.
Hidangan daripada langit telah turun. Sudahkah mendapatkannya ?
ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَKitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;Al-Baqarah 2:2
Jika surah Al-Fatihah mengajar kita berdoa untuk dapat petunjuk, surah Al-Baqarah beri pedoman bagaimana nak dapatkan petunjuk.
Bagaimana nak dapatkan petunjuk?
1) Dapatkan Quran kerana Al-Kitab sumber petunjuk.
2) Persiapkan diri jadi orang bertaqwa kerana rupa-rupanya, petunjuk itu adalah untuk orang bertaqwa.
Ulasan
Catat Ulasan