Cik A, ada rasa tak sempurna kerana masih belum dirikan rumahtangga sedangkan usia cecah 40 tahun.
Puan B, murung kerana risaukan suami tidak boleh terima dirinya yang sudah 3 kali keguguran anak. "Sanggupkah suamiku terima yang dia tak boleh jadi ayah?"
Puan C, Hampir-hampir rasa putus asa dengan hidup. Sudah lebih 15 tahun berumahtangga tetapi miskin, tiada harta, rasa sulit membesarkan 5 orang anak.
Dalam perjalanan hidup, setiap individu diuji berbeza-beza ikut ketentuanNya. Setiap satunya tidak mudah.
Tanpa pedoman, mudah ungkapkan "Kenapa Allah uji aku begini? Sampai bila harus kuhadap?"
Ujian tidak memiliki apa yang dimahukan tidaklah mudah. Semakin besar jurang antara angan-angan hidup idaman dengan realiti kehidupan, semakin kuat rasa sedih & tidak cukup.
Ada satu pengajaran besar di sebalik ayat kedua Surah AlFatihah.
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَSegala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.Al-Fatihah 1:2
Kalimah ٱلْحَمْدُ merupakan ism (kata nama). Ini beri makna kepujian dan kesyukuran kepada Allah adalah kekal dan tak terbatas waktu.
Puji dan syukur kepada Allah s.w.t idak terbatas masa-masa tertentu.
Puji dan syukur kepada Allah s.w.t bukan hanya ketika manusia dikurniakan jodoh, dapat anak atau raih harta.
Ketika masih hidup sendiri, belum dijodohkan pasangan pendamping hidup, Alhamdulillah.
Ketika masih berdua, belum dikurniakan rezeki anak, alhamdulillah.
Ketika masih kurang harta, hidup sulit perlu membanting tulang, alhamdulillah.
Kerana Allah s.w.t layak mendapat pujian dan kesyukuran setiap waktu.
Kerana Dialah Robb yang telah mencipta, beri rezeki dan mengatur alam.
Meskipun pada perspektif kita terasa taqdir rezeki yang dapat itu buruk. Namun percayalah, ada hikmah atau kebaikan yang tidak diketahui sebalik aturan Allah s.w.t.
Mari ikut jejak Rasulullah s.a.w
Tatkala mendapat kenikmatan, Rasulullah mengajar kita doa berikut
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُArtinya : “Segala puji bagi Allah, dengan kenikmatan dari-Nya menjadi sempurna semua amal kebaikan
Ketika diuji kesulitan, Rasulullah s.a.w tetap puji & syukur kepada Allah dengan ayat berikut.
اَلحَمدُ لله عَلَي كُلُّ حَالPuji & syukur kepada Allah atas segala sesuatu
Pedoman hidup ayat ini :
Andai terlintas rasa kecewa atas apa yang tak dimiliki, cepat² renungkan nikmat-nikmat yang dalam genggaman. Syukuri dan ingat segala kurniaanNya.
Ulasan
Catat Ulasan