Wajarkah manusia mahukan kebebasan?


Dia tertekan.

Ada peraturan sekolah yang tidak kena dengan jiwa.

"Kenapa semua perempuan Islam diwajibkan pakai tudung di sekolah ni? Ini bukan sekolah agama."

Lalu sebaik sahaja loceng selesai sesi persekolahan berbunyi, dia dan beberapa teman langsung mencabut kain yang menutup bahagian kepala dan dada. Nampak riak rasa puas tatkala berjaya "bebas" daripada peraturan yang enggan dituruti. 

"Awak memang suka ke pakai tudung?" Soalan diaju kepada teman sekelas yang masih bertudung litup. 

Soalan tidak dijawab. 
Hanya senyuman penuh makna yang terukir. 

***

    Ada manusia, tidak mampu garap makna di sebalik pengabdian kepada Tuhan. Ketaatan kepada Allah dirasakan merugikan diri sendiri. Ada rasa terkongkong. Ada rasa terpenjara tidak bebas berbuat sesuka hati. 

    Pengabdian kepada Allah dinilai sama seperti pengabdian sesama manusia. Rasa diri tidak dapat manfaat daripadanya. Sedangkan, pengabdian kepada Allah hanyalah untuk kebaikan dan manfaat si hamba. Bahkan Allah s.w.t tidak rugi apapun andai manusia memilih jalan derhaka. 

"Mengapa perlu mengabdi kepada Allah?" 

Kerana Dialah Robb dan Al-Khaliq.
Dialah yang telah menciptakan, menghidupkan dan memeliharamu. 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ٢١

«Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa(21)» 

[Al-Baqarah: 21]


Wahai manusia.

Abdikanlah dirimu kepada Robb yang menciptakanmu.

Kerana memang kamu diciptakan dengan tujuan mengabdikan diri kepadaNya. 

Kapasiti jiwamu memang dicipta untuk mahu mengabdikan diri kepadaNya.


وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ٥٦

«Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu(56)» [Az-Zariyat: 56]


Meskipun begitu, masih ada bisikan suara enggan. 

"Saya tak suka hidup terkongkong dan tak boleh lakukan apa yang saya mahu lakukan." 

Perintah dan larangan Allah terlihat bebanan, tidak beri manfaat kepada diri. Bahkan sistem syariat yang Islam ajarkan dirasakan menyekat kebebasan, tidak beri kebaikan pada diri. Hati berkali-kali memberontak mahu lari daripada komuniti yang memaksa ketaatan pada perintah Allah. 

Apakah perintah dan larangan Allah itu tidak beri kebaikan pada manusia? 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ٢١

«Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa(21)» 

[Al-Baqarah: 21]


Rupa-rupanya, pengabdian manusia kepada Allah s.w.t adalah untuk kebaikan manusia sendiri. Melalui jalan pengabdian, manusia boleh menjadi orang yang bertaqwa. Dan inilah posisi manusia termulia di sisi Allah bahkan dilimpahkan banyak kebaikan di dunia dan akhirat. 


"Oh, jadi orang bertaqwa tu satu kebaikan ke?" Dia bermonolog lagi. 


Melalui taqwa, Allah akan tunjukkan jalan keluar tak disangka-sangka. 


مَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا٢ وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)(2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. [At-Talaq: 2-3]


Melalui taqwa, Allah akan permudahkan urusannya


وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مِنۡ أَمۡرِهِۦ يُسۡرٗا٤

(ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya [At-Talaq: 4]


Siapa yang bertaqwa, Allah akan bersamanya


  إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحۡسِنُونَ١٢٨

«Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya(128)» [An-Nahl: 128]


Siapa yang bertaqwa, Allah akan ganjarkan syurga

۞وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ١٣٣

«Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;(133)» [Al-i'Imran: 133]


    Hakikatnya, terlalu banyak kebaikan dan manfaat yang dijanjikan Allah untuk mereka yang bertaqwa. Dan melalui ayat ke-21 Al-Baqarah ini, kita pelajari bahawa jalan untuk bertaqwa adalah dengan mengabdikan diri kepadaNya. 


Masihkah rasa enggan mengabdikan diri kepadaNya?

Sedangkan pengabdian kepadaNya hanyalah untuk manfaat dan kebaikan si hamba. 





Ulasan