"Sakit ni, cepatlah ke klinik, rawat."
"Tak naklah."
"Kenapa? Nanti makin teruk."
"Biar je lah. Tak nak rawat."
"Awak tak kisah ke penyakit melarat makin teruk?"
Terkait penyakit fizikal, kebiasaan manusia akan sedar. Lalu peduli ambil inisiatif merawat.
Jika diuji jangkitan covid misalnya, cepat-cepat kuatkan imuniti, tak mahu virus jauh "merayau-rayau" dalam badan sehingga rosakkan paru-paru.
Penyakit di jasad , jika dibiarkan memang akan melarat dan merosakkan badan.
Pernah terfikir tentang penyakit hati?
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضٗاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ ١٠
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
Al-Baqarah, 2 : 10
Pada sisi ruhani manusia, ada dua jenis penyakit hati. Pertama, penyakit syubhah (ragu-ragu) dan kedua, penyakit syahwat (cenderung bermaksiat).
Penyakit pertama, syubhat adalah seperti sikap suka nak menipu (nifaq), lemah iman, tak percaya syariat Allah. Ubat untuk merawatnya adalah ilmu. Kena belajar. Cari ilmu kebenaran.
Penyakit kedua, syahwat adalah seperti perbuatan dosa makan makanan haram, LGBT, zina dan sebagainya. Ubat untuk merawatnya adalah menahan diri daripada melakukan (taqwa) tatkala terlintas keinginan untuk melanggar batasan.
Dua-dua ini adalah ciri munafiq kerana munafiq ada dua jenis.
Munafiq aqidah, ragu-ragu terhadap agama Islam, ragu-ragu terhadap Allah lalu tidak mengimani.
Munafiq perbuatan, tidak mahu taat dan patuh pada syariat Allah.
Seandainya penyakit di hati ini tidak dirawat, agak-agak apa berlaku?
Makin bertambah sakitnya.
فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضٗاۖ
Allah akan menambahkan penyakit pada hatinya.
Puncanya adalah kerana si jiwa manusia sendiri yang enggan merawat penyakit dalam hatinya. Terus membiarkan diri dalam keragu-raguan, enggan beriman. Terus biarkan diri dalam sikap bermaksiat, enggan bangunkan perisai taqwa.
Ok ke perangai "malas" nak rawat penyakit hati ni?
Jangan main-main.
Allah ancam dapat azab pedih. وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ
Di dunia ni, pernah tak berpengalaman dapat sakit yang berterusan, tak henti-henti?
Kalau wanita yang bersalin sekalipun, mashaAllah rasa sakitnya tidak berterusan. Intermittent pain. Masih ada ruang untuk si ibu rehat sekejap tarik nafas sebelum sakitnya datang kembali.
Bayangkan kelak, Allah berikan azab yang berterusan, tanpa henti. Rasa sakit itu pula semakin bertambah dari segi intensiti.
Sanggup?
Azab pedih dalam neraka paling bawah. Sangka diri "beriman" di dunia dan dijanjikan syurga. Tetapi sikapnya di dunia membuatkan Allah menilai diri sebagai munafiq di akhirat. Status lebih rendah daripada kafir.
إِنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ فِي ٱلدَّرۡكِ ٱلۡأَسۡفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمۡ نَصِيرًا ١٤٥
Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.
An-Nisa', 4 : 145
Punca menjadi munafik yang bertambah-tambah penyakitnya adalah kerana sikap suka berdusta بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ
Sedangkan orang beriman bersikap siddiq, tidak berdusta.
Koreksi diri.
Apakah ada penyakit syubhah (ragu-ragu terhadap agama) dalam diri saya?
Apakah ada penyakit syahwat (banyak bermaksiat) dalam diri saya?
Rawat.
Ubati.
Jangan dibiarkan.
Khuatir jadi munafiq tanpa sedar, membiarkan penyakit hati mendominasi kehidupan yang berakhir dengan azab pedih di akhirat.
Utamanya, jangan biasakan diri berbohong, berdusta. Kerana inilah benih kemunafikan.
Ulasan
Catat Ulasan