Sedang saya menempuhi hidup sebagai seorang hamba,
dengan peranan بنت (anak perempuan), أخت (kakak) dan امرأة (wanita bujang yang keluar bekerja dengan jaga maruah),
memang adakalanya terlintas rasa mahu termasuk golongan muhsonat. Golongan wanita yang sudah berkahwin & terpelihara.
Terfikir-fikir, adakah si single ni sulit nak rasa tenang, selamat dari fitnah hati? Lalu usaha hidup dalam keadaan berhati-hati tak termasuk lingkungan fitnah.
Mendengar luahan hati teman yang diuji menjadi balu, bahkan ujian mereka lebih berat. Kalau saya pun pernah tidak dipercayai lalu dinasihati sesetengah isteri kalangan kawan² agar "Jangan kerja dengan lelaki terutama lelaki yang dah berumahtangga",
bahkan mereka yang kematian suami, dengan amanah jaga anak-anak yatim, lagi² difitnah macam-macam.
Pelik.
Golongan di luar "muhsonat" yang diperintahkan Allah s.w.t agar dijaga (e.g melalui usaha dinikahkan), dilihat sebagai ancaman lalu dipulaukan dan disuruh untuk menjauh.
Anyhow.
Letak tepi dulu norma masyarakat kita yang perlu islah ini.
Kali ini, menelusuri surah Al-An'am, berkenalan sesuatu tentang Dia. Tak perlu tunggu nak termasuk golongan muhsonat untuk rasa selamat. Detik waktu sekarang pun, Dia dah utus malaikat sebagai penjaga.
=====
{ وَهُوَ ٱلۡقَاهِرُ فَوۡقَ عِبَادِهِۦۖ وَيُرۡسِلُ عَلَيۡكُمۡ حَفَظَةً حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ تَوَفَّتۡهُ رُسُلُنَا وَهُمۡ لَا يُفَرِّطُونَ }
Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).
[Surah Al-Anʿām: 61]
{ لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.
[Surah Ar-Raʿd: 11]
======
Saat menyedari hakikat Dia telahpun sedia menjaga melalui para malaikat, terasa kerdilnya diri, tersilap mengharap pada manusia.
Bahkan rezeki, tak pernah putus biarpun tiada ar-rijal yang sudi galas tanggungjawab qawwam buatku saat ini.
Rezeki tetap cukup.
Meskipun telah dua tahun saya terpaksa buat pilihan tidak bekerja bagi sempurnakan amanah pengajian, rezeki tak pernah putus.
Realiti syarat mendapat rezeki bukanlah dengan adanya si dia yang mahu menjaga & memberi nafkah.
Tetapi.
Formula menjemput rezeki adalah dengan memilih menjadi hambaNya.
Biar apapun status anda. Tatkala memilih jadi hambaNya bermula dengan tahu apa kehendakNya (melalui Quran),
ketahuilah bahawa Dia yang cukupkan rezeki.
=====
{ وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِیَعۡبُدُونِ (56) مَاۤ أُرِیدُ مِنۡهُم مِّن رِّزۡقࣲ وَمَاۤ أُرِیدُ أَن یُطۡعِمُونِ (57) إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِینُ (58) }
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
[Surah Adh-Dhāriyāt: 56-58]
=====
Hari ini, saya berpeluang menziarahi seorang teman yang diuji banyak kehilangan. Kehilangan ibu bapa. Kehilangan ibu mertua. Jua kehilangan suami.
Temanku ini, pegang sungguh-sungguh posisi hamba yang diamanahkan kepadanya sebagai ibu (umm) yang mengasuh & didik anak-anak.
Seharian bersamanya, saya menjadi saksi kesungguhan dia jadikan setiap interaksi sebagai ruang mendidik anak.
Tercermin jiwa tauhid anak kecil yang acapkali berdoa kepada Robb. Tak akan terbentuk peribadi sebegini jika tiada yang sudi jadi "umm" buatnya.
Dengan penuh keterbatasan, dia masih memilih tidak melepaskan tanggungjawab sebagai umm terhadap anak-anak yang sedang membesar. Pilihan yang dibuat bukan ikut kehendak diri dan logik akal. Tetapi kerana memaknai definisi hamba yang perlu taat perintahNya lalu redha dengan peranan yang telah dititipkanNya.
Melalui surah an-Nisa', kita seharusnya mengetahui bahawa bukan tanggungjawab ibu untuk menafkahi anak-anak. Ketika suami ada, itu tanggungjawab si suami. Saat si suami tiada, itu menjadi tanggungjawab wali kepada anak-anak yatim tersebut. Dan jika semua wali pun tiada, itu jadi peranan masyarakat lingkungannya.
Kerana seorang umm, diamanahkan tanggungjawab besar mendidik anak-anak menjadi pengabdi Allah. Tatkala ibu melepaskan tanggungjawab ini, realitinya sulit mencari insan yang sanggup ambil alih tanggungjawab besar ini.
Ketika diuji kematian suami,
teruji keyakinan tentang rezeki.
Teruji kemahiran buat keputusan berpandukan wahyu.
Si balu tertanya-tanya "Siapakah yang akan menafkahi?"
Mereka yang diuji sebagai para wali anak-anak yatim juga diuji "Akankah cukup rezeki jika perlu dikongsi dengan anak-anak yatim?"
Lagi dahsyat, golongan yang jauh daripada pedoman melihat harta warisan arwah ibarat "harta rampasan perang" yang perlu didapatkan sebanyak-banyaknya. Tidak menyedari rezeki anak yatim diamanahkan melalui mereka yang jadi wali (ahlul faraid).
Bila rezeki dihitung ikut matematik manusia, sulit para wali anak yatim buat pilihan.
Bila rezeki dihitung ikut matematik manusia, sulit bagi si balu buat pilihan.
Khusus buat si balu,
Pilih redha tanggungjawab "umm" yang dititipkan kepadanya lalu serahkan soal rezeki kepada Robb yang mengambil nyawa suaminya.
Atau pilih lepaskan tanggungjawab "umm" dengan keluar bekerja untuk menafkahi anak-anaknya yang telah yatim.
Pilihan sukar.
Kalau ikut pedoman surah Adz-Dzariyaat ayat 56-58, pilihan yang ada memang tetap menjadi ibu (dengan definisi benar "umm" iaitu jadi sumber rujukan anak-anak, didik anak² dengan agama seperti ibu Nabi Musa & ibu Nabi Isa).
Kerana memilih jalan menjadi ibu adalah definisi pengabdian seorang wanita yang diamanahkan anak-anak. Biar setinggi apa kelayakan pendidikannya, saat memilih tidak bekerja demi mengasuh & mendidik anak-anak, itulah definisi pengabdiannya.
Timbul suara-suara
"Tapi, siapa yang akan menyara anak-anak kalau si balu memilih tetap tidak bekerja?"
Dari kacamata seorang manusia, "matematik" sebegini tidak kena.
Terpaksa lepaskan tanggungjawab "umm" yang mendidik kerana perlu menyara anak-anaknya yang telah yatim.
Tetapi, rupa-rupanya ada yang berani mengambil langkah tetap jadi "umm".
Redha dengan "jawatan" umm lalu memilih tidak bekerja kerana khusus keadaannya, tidak memungkinkan untuk keluar bekerja.
Dan.
Sehingga detik ini,
setahun selepas kematian suaminya,
rezekinya tidak pernah putus.
Bahkan berlebihan.
Rezeki anak-anaknya tidak pernah habis.
Sentiasa ada makanan.
Sentiasa selamat ada rumah tempat berlindung.
Dari mana datangnya semua ini?
Meskipun tiada bantuan takaful/insuran?
Sulit untuk mengungkapkan.
Rezeki itu,
Dari Dia yang menciptakan manusia untuk mengabdi kepadaNya.
Rezeki itu,
Dari Dia yang memberi rezeki kecukupan buat hamba-hambaNya.
Bukankah Allah s.w.t yang pernah menyelamatkan pemuda Kahfi selama 309 tahun tanpa makan & minum?
Bukankah Allah s.w.t yang memelihara harta anak-anak yatim kepada ibu bapa soleh yang telah meninggal dunia (surah Al-kahf)?
Menyedari hakikat masyarakat yang masih belum benar-benar memuliakan anak yatim, mendoakan semua ibu tunggal/ibu "ditinggal" terus diberi jalan keluar.
Thank you my beloved friend for such inspiring sharing.
Buat para suami. Bila Allah s.w.t memerintahkan untuk infaq harta (nafkah) kepada isteri & anak², itu bermakna Dia telah mencukupkan rezeki isteri & anak² melalui jalan usahamu.
Buat para wali anak-anak yatim. Bila Allah s.w.t meletakkan tanggungjawab menjaga anak yatim atas bahumu, itu bermakna Dia telah mencukupkan rezeki anak² yatim melalui jalan usahamu.
=======
{ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ }
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[Surah Al-Baqarah: 3]
========
Hakikatnya,
Kita memberi rezeki yang Dia kurniakan
Bukan kita memberi rezeki yang kita miliki.
Bukan kita pemegang kunci rezeki anak-anak.
Bahkan diri kita sendiri, mengharap rezeki daripadaNya.
=====
وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُم مِّنۡ إِمۡلَٰقٖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكُمۡ وَإِيَّاهُمۡۖ
dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka;
[Surah Al-Anʿām: 151]
=====
Maher Zain's Rahmatan lil alamin
Ulasan
Catat Ulasan