Jodoh itu usaha aktif atau berserah yang pasif?



"Kalau takde 'kawan' (boyfriend), memang tak akan kahwin. Cuba tengok sekeliling kita. Semua yang kahwin sebab mereka bercouple." Dia meluahkan logiknya. 

Kalau hujah ini diberikan kepadaku zaman remaja, ketika menyandang jawatan naib ketua biro D&T, mesti laju ku menyangkal. Terus nak bawa statistik anak luar nikah dari akhbar tempatan. 

Tapi itu dulu. 

Sekarang, sebagai makcik single nak masuk usia 40 tahun ni, tak sesuai beri hujah begitu. Boleh timbul fitnah. Silap hari bulan, yang jahil akan berhujah "disebabkan taat kepada Allah SWT, awak single sampai sekarang."

Bahaya. 
Menyembah Allah SWT di tepi. 
Hanya taat jika nampak manfaat nikmat dunia. 
Ingkar, jika rasa "rugi". 

"Carilah 'kawan', kalau tak, sampai ke sudah awak single."

Seruan untuk kufur agar capai matlamat kahwin? 

=====

{ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَعۡبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرۡفٖۖ فَإِنۡ أَصَابَهُۥ خَيۡرٌ ٱطۡمَأَنَّ بِهِۦۖ وَإِنۡ أَصَابَتۡهُ فِتۡنَةٌ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجۡهِهِۦ خَسِرَ ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةَۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡخُسۡرَانُ ٱلۡمُبِينُ }

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.

[Surah Al-Ḥajj: 11]
=====

Kita taat kepada Allah SWT kerana mengimani Dialah Robb Yang layak disembah. 
Bukan taat kepadaNya semata-mata mengharap nikmat dunia. 

Dan, berusaha taat kepada Allah SWT tidaklah menjanjikan kita dapat apa yang diingini, kerana hakikat dunia ini ujian. 
Tokoh-tokoh terdahulu yang disayangi Tuhan seperti Maryam, Nabi Yahya a.s & Nabi Isa a.s semuanya tidak direzekikan jodoh. Dan status 'single' tidaklah merendahkan martabat mereka kerana "berkahwin" bukanlah destinasi atau tujuan manusia diciptakan di dunia. 

Jadi, siapalah kita untuk berpendapat "Saya dah taat, jaga kehormatan diri, jadi Tuhan kena rezekikan saya jodoh yang baik di dunia."

Hakikatnya, soal mengurus jodoh adalah kewajiban (fardhu) kolektif dalam masyarakat. Tatkala ada yang mengabaikan tanggungjawab, pihak lain tiada pilihan melainkan perlu sabar menanggung akibat. 

Dalil kefarduan ada dalam ayat pertama surah An-Nur. Segala kandungan surah tersebut adalah fardhu. 

=====
{ سُورَةٌ أَنزَلۡنَٰهَا وَفَرَضۡنَٰهَا وَأَنزَلۡنَا فِيهَآ ءَايَٰتِۭ بَيِّنَٰتٖ لَّعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ }

Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

[Surah An-Nūr: 1]
=====

Kalau nak makan, logik akal pandai menyuruh "Carilah kerja, usaha dapatkan duit, supaya boleh beli makanan." 

Sebenarnya sama sahajalah soal jodoh. Memang perlu diusahakan. Bukan sekadar "berserah kepada Allah SWT". 

Dan usaha mengurus jodoh ni bukanlah mudah ibarat bertindak pasif "tunggu je lah jodoh datang." 

Usaha bahkan bermula dengan usaha ibu ayah mendidik anak-anak, persiapkan mereka miliki peribadi yang melayakkan untuk bernikah (lelaki) dan dinikahi (perempuan). Jika tarbiyyah tidak berlaku, tiada takungan sumber manusia mukmin, sejarah kaum Nabi Lut Yang membiarkan wanita-wanita terus single akan berulang. 

iyalah, bagaimana nak kahwin kalau sumber manusianya tiada?

=====

{ وَجَاۤءَهُۥ قَوۡمُهُۥ یُهۡرَعُونَ إِلَیۡهِ وَمِن قَبۡلُ كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ قَالَ یَـٰقَوۡمِ هَـٰۤؤُلَاۤءِ بَنَاتِی هُنَّ أَطۡهَرُ لَكُمۡۖ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُخۡزُونِ فِی ضَیۡفِیۤۖ أَلَیۡسَ مِنكُمۡ رَجُلࣱ رَّشِیدࣱ (78) قَالُوا۟ لَقَدۡ عَلِمۡتَ مَا لَنَا فِی بَنَاتِكَ مِنۡ حَقࣲّ وَإِنَّكَ لَتَعۡلَمُ مَا نُرِیدُ (79) }

Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"
Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki."

[Surah Hūd: 78-79]
=====

Cabarannya, di sana ada pilihan. 

Mahu berusaha dengan jalan haram.
Atau berusaha dengan jalan yang patuh syariah. 

Surah An-Nur sebagai "Pagar" masyarakat, membentengi masyarakat daripada gejala sosial dan kerosakan, dimulakan dengan hukuman keras terhadap kesalahan zina. 

Kemudiannya, Allah SWT memberi panduan bagaimana menjauhi zina iaitu dengan menundukkan pandangan. 

=====

{ قُل لِّلۡمُؤۡمِنِینَ یَغُضُّوا۟ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَیَحۡفَظُوا۟ فُرُوجَهُمۡۚ ذَ ٰ⁠لِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا یَصۡنَعُونَ (30) وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ یَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَیَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا یُبۡدِینَ زِینَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡیَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُیُوبِهِنَّۖ وَلَا یُبۡدِینَ زِینَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَاۤىِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَاۤءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ...

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau...  

[Surah An-Nūr: 30-31]
=====

"Kalau kena tundukkan pandangan, jaga pergaulan, bagaimana nak kenal calon pasangan? Bagaimana mungkin akan kahwin?" 

Dalam masyarakat yang jauh daripada pengamalan Islam, memang sulit memahami konsep jodoh dalam Islam. Kerana yang akan dipersalahkan adalah si bujang yang masih sendiri. 

"Kenapa tak kahwin-kahwin lagi?"

Allah SWT sebaliknya meletakkan tanggungjawab "menikahkan" ini pada golongan yang tidak lagi sendiri (suami isteri) yang berada dalam lingkungan si bujang ( وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَٰمَىٰ مِنكُمۡ ). Kerana melalui merekalah, proses perkenalan boleh berlangsung tanpa si bujang menapaki jalan mendekati zina yang haram.

=====

{ وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآئِكُمۡۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ }

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

[Surah An-Nūr: 32]
=====

Dalam Islam, bukan zina sahaja yang haram.
Jalan mendekati zina itu sendiri adalah haram. 

=====

{ ۞قُلۡ تَعَالَوۡاْ أَتۡلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمۡ عَلَيۡكُمۡۖ ...
... وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلۡفَوَٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنۡهَا وَمَا بَطَنَۖ 

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu..  
... dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; ...

[Surah Al-Anʿām: 151]
=====

Lalu, 
ketika di persimpangan pilihan yang terbatas, 
antara mahu bergaul bebas bagi meningkatkan possibility berkahwin,
atau terus memelihara kehormatan diri kerana ruang usaha mendapatkan jodoh secara halal adalah tertutup (tiada takungan sumber manusia akibat generasi tidak terdidik atau golongan berumahtangga enggan membantu), 
pilihan mana yang mahu diambil?

Pilihan dalam membuat keputusan akhirnya bergantung pada Iman & petunjuk yang digarap. 

Khusus buat kalian yang single & memilih untuk menjaga kehormatan diri, usah bersedih dengan jalan hidup yang direzekikan. 
Fokuslah meniti Sirot yang lurus iaitu jalan Maryam, Nabi Yahya a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi Yusuf a.s.
Kesemuanya memberikan kita teladan single yang cukup dan boleh membuatkan kita sibuk berprestasi di dunia ini. 

=====
{ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَ ٰ⁠طَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ (6) صِرَ ٰ⁠طَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمۡتَ عَلَیۡهِمۡ غَیۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَیۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّاۤلِّینَ (7) }
[Surah Al-Fātihah: 6-7]
=====

Hingga akhirnya, tetaplah yang di "sana" lebih baik meskipun yang di "sini" amat menggugah jiwa. 

=====

{ زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ (14) ۞ قُلۡ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَیۡرࣲ مِّن ذَ ٰ⁠لِكُمۡۖ لِلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ عِندَ رَبِّهِمۡ جَنَّـٰتࣱ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَا وَأَزۡوَ ٰ⁠جࣱ مُّطَهَّرَةࣱ وَرِضۡوَ ٰ⁠نࣱ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ بَصِیرُۢ بِٱلۡعِبَادِ (15) }

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;

[Surah Āli-ʿImrān: 14-15]
=====
.
.
.

Ulasan