Dalam bahasa arab, istilah ummiy merujuk manusia tak tahu membaca & menulis.
Buta huruf.
Ketika tadabbur ayat² Al-Baqarah, baru tahu golongan ummiy pada pandangan Allah adalah mereka yang tak tahu kandungan Quran.
Walau setinggi manapun pendidikan seseorang itu,
Walaupun telah meraih bachelor, master atau PhD, jika tidak tahu kandungan Quran, tetap terlihat sebagai ummiy pada Allah .
Kalau tak pandai tulis baca ni, level tadika pun tak lepas, kan?
وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ ٱلْكِتَٰبَ إِلَّآ أَمَانِىَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَDan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Al-Kitab selain dari penerangan-penerangan bohong , dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.Al-Baqarah 2:78
Siapakah أُمِّيُّونَ ?
Mereka adalah orang yang tak tahu kandungan Al-Kitab melainkan angan² أَمَانِىَّ
Kalimah أَمَانِىَّ punyai dua maksud :
1) Membaca tanpa faham / membunyikan huruf²
2) Angan-angan / andaian.
Disebabkan tidak tahu kandungan Al-Kitab, dia bersangka-sangaka terhadap agama. Antaranya adalah bersangka-sangaka bahawa dirinya confirm masuk syurga. (Al-Baqarah :80). Akibatnya, berterusan buat dosa sesuka hati kerana perasan masuk syurga.
Sebaliknya, orang yang usaha memahami Al-Quran itulah orang yang bertaqwa. Merekalah orang yang berjaya di Sisi Allah.
Refleksi.
Sudahkah saya keluar daripada golongan 'buta huruf" di Sisi Allah . Sudahkah saya usaha pelajari ayat² Quran?
Ulasan
Catat Ulasan