Seorang rakan hadir minta tolong. Tapi permintaan tolong dijawab dengan keengganan. Pulanglah si rakan dengan hampa.
Yang peliknya, datang lagi seorang rakan lain dengan permohonan pertolongan yang sama. Namun kali ini, dia langsung membantu tanpa berkira-kira.
"Kenapa kau tolong orang kedua dan membuatkan orang pertama kecewa?
"Kerana aku percaya rakan kedua banyak letakkan usaha untuk berjaya. Sedangkan rakan pertama hanya mahu ambil kesempatan dimudahkan urusannya tanpa dia pernah berusaha perbaiki dirinya. "
Interaksi sesama manusia.
Memang adakalanya hati lebih cenderung pada manusia lain disebabkan peribadinya.
Mahu menolong mereka yang difikirkan "bernilai" untuk ditolong. Enggan membantu manusia yang terlihat hanya mahu ambil kesempatan, tidak mahu bantu diri sendiri.
Mari renungkan pula soal pertolongan Allah s.w.t
Pasti setiap kita sebagai hamba lemah amat berhajat pertolongan Allah s.w.t bukan?
Bagaimana diri kita persiapkan diri untuk memohon pertolongan Allah.
Ada sesuatu dalam surah Al-Baqarah ayat 45
وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَٰشِعِينَDan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;Al-Baqarah 2:45
Ayat ini bongkar rahsia mengenai syarat memohon pertolongan kepada Allah s.w.t.
Untuk mohon pertolongan Allah, ada usaha pihak si hamba yang perlu dilakukan.
Perlu sabar.
Perlu solat.
Jika melihat ayat ini mengikut konteks, mohonlah pertolongan untuk laksanakan janji kepada Allah s.w.t (keimanan & pengabdian kepada Allah s.w.t dalam Al-Baqarah 2:40-44) melalui sabar & solat.
Jika ambil pengajaran ayat ini secara umum, kesabaran & solat itu sesuatu yang perlu dilakukan sebelum mohon pertolongan.
Refleksi diri.
Ketika pertolongan Allah s.w.t dirasakan tak kunjung tiba, tanya diri kembali. Sudahkah saya memenuhi syarat sabar & solat?
Ulasan
Catat Ulasan