Seorang pakcik tua berpusing-pusing mengelilingi rumahnya mencari sesuatu selama hampir satu jam. Jirannya, pemuda bernama Rashid rasa kasihan lalu turut membantu.
"Lama dah kita cari ni, pakcik." Ujar Rashid setelah hampir 20 minit mengelilingi rumah.
"Itulah. Tak jumpa-jumpa." Pakcik tua menjawab hiba.
"Memang hilang kat luar ke?"
"Taklah. Kunci hilang dalam rumah."
Rashid tepuk dahi, cuba tahan marah. Kemudian, dia cuba menuturkan selembut-lembut bicara "Pakcik dah tahu kunci hilang dalam rumah. Kenapa cari di luar rumah?"
"Dalam rumah gelap. Blackout. Sebab tu kena cari di luar rumah. Luar rumah ni terang. Bolehlah nak cari."
____________________
Dalam hidup ini, beberapa kali kumelihat insiden jiwa² manusia melatih kemahiran-kemahiran untuk hadapi ujian hidup.
Selalu marah anak?
"Awak kena dapat kemahiran kawal marah tu."
Lalu berusaha hadir ke program-program yang melatih ibu bapa kawal rasa marah terhadap anak.
Ada yang berjaya berubah.
Ada juga yang tidak.
Selalu makan "berlebihan"? Tak mampu kawal diri tatkala melihat makanan menyelerakan?
"Awak kena belajar cara kawal diri. Awak kena dapatkan sesi coaching turun berat badan."
Lalu berusaha berkali-kali hadir ke program-program turunkan berat badan.
Ada yang berjaya turun berat badan.
Dan ramai juga dapat kembali berat badan hilang setelah program tamat.
Terkadang, kunci solusi yang dicari hanya di tempat yang "terang", yang disuluh ramai. Ada kunci solusi yang ditawarkan Pencipta manusia. Namun, tidak didapatkan kerana "terasa gelap". Bagaimana nak cari kunci solusi Dalam wahyu jika tidak berusaha membuatkannya terang dengan mendapatkan guru-guru AlQuran?
Ada kunci solusi dalam wahyu.
Yang jarang-jarang diperhatikan kerana tampak gelap.
Sebenarnya.
Yang hilang dalam diri adalah kemahiran TAQWA.
Allah s.w.t telahpun menerangkan bahawa orang bertaqwa itu...
- Mampu berinfaq ketika sulit dan senang.
- Mampu berlapang dada dan memaafkan
- Mampu menelan kemarahan.
- Mampu kawal diri , bersegera Mohon ampun tatkala menzalimi diri.
Ini baru salah satu senarai dalam Ali-Imran : 133-136. Sedangkan, ada banyak lagi contoh identiti yang terbangun dengan taqwa.
Persoalannya.
Tatkala rasa geram dengan diri tak mampu kawal kemarahan terhadap orang sekeliling terutamanya anak-anak...
Tatkala rasa tak mampu kawal diri daripada makan berlebihan...
Sudahkah terfikir-fikir "Saya nak latih kemahiran taqwa lah."
Atau solusi yang mahu diambil tetap yang terlihat "terang" pada sumber selain wahyu?
Bukan maksudku tindakan melatih kemahiran kawal diri melalui sumber-sumber selain Quran itu salah.
Bukan.
Maksudku, dari segi prioriti.
Sudahkah terlebih dahulu dapatkan sesuatu yang "hilang" daripada wahyu sebelum mendapatkannya pada sumber² selain wahyu?
Sudahkah berusaha dapatkan kunci solusi pada ayat² Quran yang mengandungi kalimah "لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ"?
Salah satunya ada pada ayat ini.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَWahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.Al-Baqarah 2:21
Sudahkah pertingkatkan intensiti pengabdian kepada Allah agar mendapat taqwa?
Sudahkah perbaiki kualiti ibadah agar mendapat manfaat taqwa?
Taqwa,
Jika disuburkan dalam jiwa,
Membuatkan manusia mampu memenangkan sistem nilai yang dipegang.
Taqwa,
Jika tiada dalam jiwa,
Emosi & kehendak syahwat mendahului memandu hidup.
Taqwa itu yang hilang.
Taqwa itu yang harus dicari.
Ulasan
Catat Ulasan