"Kenapa awak nak kahwin?"
-"Supaya rasa tenang."
"Tak boleh tenang ke dengan kasih sayang mak ayah, adik-beradik?"
-"Bukan tenang yang itu. Ni tenang daripada triggered nak tarik perhatian lawan jantina, nak goda semua orang yang kita suka hahaha..."
Fitnah.
Realiti orang beriman, meskipun berlaku bisikan fujur mengajak yang salah, ada pakaian taqwa menahan diri. Dan ini menuntut jihad. Solusi yang ada, cuba sedaya-upaya jauhkan diri daripada keadaan sulit-jaga-iman. Kalau wujud dunia tanpa ajnabi, ada rasa nak jadi warganegara sana.
Bukan apa,
Kerana keinginan menjadi hambaNya yang beriman & taat telah mendominasi sebarang kehendak-kehendak yang lain. Lalu peperangan dengan jiwa yang mengajak hal salah membuatkan hati tak tenang-tenang.
Realitinya, dunia ini medan ujian.
Ke mana mahu lari? Harus terus dan terus menghadapinya dengan genggam pedoman wahyu.
وَلۡیَسۡتَعۡفِفِ
[Surah An-Nûr: 33]
"Apakah benar bila bernikah, akan lebih tenang? Kurang fitnah?"
======
هُنَّ لِبَاسࣱ لَّكُمۡ وَأَنتُمۡ لِبَاسࣱ لَّهُنَّۗ
Isteri-isteri kamu itu sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.
[Surah Al-Baqarah: 187]
======
Pakaian adalah keperluan asas seorang manusia. Pakaian juga adalah objek paling dekat dengan badan manusia.
Bila mana Allah s.w.t mengumpamakan suami isteri sebagai pakaian, ini beri indikasi bahawa suami isteri tidak sewajarnya berjauhan. Kerana manusia tidak boleh hidup tanpa pakaian dalam tempoh yang lama. Suami memerlukan isteri. Isteri memerlukan suami.
Pakaian berfungsi menutup aurat manusia. Aurat adalah sesuatu yang memalukan jika ditayang pada manusia lain. Begitulah peranan suami isteri. Masing-masing menutup keaiban dan kelemahan pasangannya. Tidak sebarkan kekurangan masing-masing pada orang lain. Segala masalah cuba diselesaikan antara sesama terlebih dahulu tanpa perlu melibatkan adik-beradik, ibu bapa, rakan-rakan atau sesiapapun pihak ketiga. (Nota : isu keganasan rumahtangga hal lain, ada pedoman surah An-Nisa' untuk hadap suami nusyuz).
Pakaian berfungsi melindungi badan manusia. Pakaian selamatkan manusia daripada cuaca luar yang tidak selamat. Begitu jugalah peranan pasangan yang melindungi diri daripada keinginan nafsu luar pernikahan yang salah. Pasangan seharusnya berfungsi menenangkan gejolak hawa nafsu yang berkecamuk. Agar keinginan tersalur dalam batasanNya.
Pakaian berfungsi sebagai perhiasan yang cantik. Melihatnya membuat rasa suka dan cinta. Suami isteri juga seharusnya jadi perhiasan yang indah kepada pasangannya. Menjadi pelengkap kepada pasangan, menutup segala kekurangan. Menjadi "pakaian" yang indah menenangkan, tidak menuturkan kata-kata buruk dan menyakitkan hati.
Suami isteri sebagai pakaian, satu perumpamaan indah didikan Robb buat manusia.
"Tapi, kenapa ada hubungan suami isteri macam ribut?"
Kenapa?
Kena cari tahu panduanNya.
Jangan belajar ayat Quran 2:187 ni je, tau.
Kena belajar seluruh ayat-ayat Quran lain untuk tahu pedoman berhubung suami & isteri :-)
"Tapi, untunglah yang dah kahwin. Yang tak kahwin ni camna?"
"Yang belum kahwin, ada pakaian lain. Bahkan Allah s.w.t sebut, ni pakaian yang lebih baik."
=====
{ يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكُمۡ لِبَاسٗا يُوَٰرِي سَوۡءَٰتِكُمۡ وَرِيشٗاۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَٰلِكَ خَيۡرٞۚ ذَٰلِكَ مِنۡ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمۡ يَذَّكَّرُونَ }
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Surah Al-A`râf: 26]
======
Ulasan
Catat Ulasan