"Eiii, duit biasiswa saya dah nak habis."
"Baru awal bulan hari tu awak dapat allowance seribu."
"Tapi saya tak guna untuk apa-apa. Saya beli makanan je."
"Seribu untuk makanan?"
"Sungguh. Saya tak tahu duit saya pergi mana. Nak habis dah..."
Manusia zaman digital.
Ramai tak sedar duit ke mana, sedar-sedar hujung bulan dah nak habis. Kita ni memang tak tahu duit digunakan ke mana? Ilmu Kita tak dapat capai untuk rekod ke mana duit digunakan?
Namun ketahuilah,
Allah s.w.t tahu setiap sen yang kita gunakan & kita akan dipertanggungjawabkan. Dialah yang Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Meliputi pengetahuannya.
وَٱللَّهُ وَ ٰسِعٌ عَلِیمٌ
[Surah Al-Baqarah: 261]
Untuk menganjurkan amalan infaq, Allah s.w.t membawakan perumpamaan sebiji benih yang tumbuh menghasilkan 700 biji.
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
[Surah Al-Baqarah: 261]
Satu kebaikan Akan bertambah-tambah ganjarannya atas izin Allah s.w.t
Khusus untuk Amal infaq harta di jalan Allah s.w.t, boleh jadi infaq ini hadir pelbagai bentuk.
Memberi makan orang yang kelaparan adalah infaq.
Memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian adalah infaq.
Dan, ada satu lagi bentuk infaq yang istimewa.
Satu bentuk infaq di jalan Allah s.w.t yang amat menguntungkan adalah menyara seorang manusia pelajari wahyu. Lalu, setiap kali dirinya mengamalkan kandungan wahyu, penaja moga-moga turut mendapat ganjaran. Tatkala dia selanjutnya mengajar apa yang dipelajari misalnya untuk mendidik anak atau mengajar masyarakat, moga² penaja mendapat lagi ganjaran.
Begitulah, kebaikan yang tak berhenti.
Berterusan.
"Kalau macam tu, saya nak sponsor orang belajar Quran lah."
"Ya boleh, tapi ada yang lebih penting."
"Apa?"
"Taja diri sendiri untuk belajar wahyu. Taja orang lain belajar wahyu tu sunat. Tapi taja diri sendiri untuk belajar wahyu itu wajib."
Kerana belajar Quran itu fardhu atas setiap yang mengaku beriman. Lalu segala jalan yang menyampaikan pada tujuan menjadi wajib.
Jadi, bagaimana?
Jom infaq.
Belajar quran.
Ulasan
Catat Ulasan