Ingatlah kepadaNya nescaya Dia akan ingat kepadamu



Manusia ni, ada sifat "saling". 
Bila beri mesej, mahu diberi respon
Bila merindu, mahu turut dirindui. 
Bila menghubungi, mahu turut dihubungi. 
Bila beri perhatian, mahu turut diberi perhatian.

Pun begitu, tidak setiap masa si manusia mampu saling memberi. Meskipun dirinya misalnya adalah pasangan suami/isteri yang diharapkan sentiasa ada di sisi. 

Kerana manusia realitinya lemah.
Dan manusia juga bukan sumber mutlak pemberi nikmat. 

Ini, jauh bezanya dengan Allah s.w.t
Dialah yang mengurniakan rahmat melimpah-ruah.
Dan Dialah juga yang sentiasa membalas ingatan si hamba kepadaNya. 

=====
{ فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ }

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku mengingatimu; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
[Surah Al-Baqarah: 152]
=====

Jika kita teringat-ingat & merindui manusia, tidak semestinya manusia tersebut akan turut teringat-ingat akan kita dan memberikan kita kebaikan. 

Sebaliknya, jika kita ingat Allah s.w.t (dzikr) kerana menyedari nikmat kurniaanNya, ketahuilah bahawa Dia akan membalas ingatan tersebut. Allah s.w.t akan mengingati si hamba yang ingat kepadaNya dan menambahkan lagi nikmat kurniaanNya. 

=====
{ وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ }

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
[Surah Ibrâhîm: 7]
=======

Dzikir adalah ibadah asas si hamba yang bersyukur kepadaNya.
Berdzikirlah dengan kesedaran hati.
Berdzikirlah dengan kejujuran lisan.
Berdzikirlah dengan anggota badan melalui tindakan ketaatan seorang hamba. 

Ingatlah kepadaNya, niscaya Dia akan mengingatimu

Ulasan