Dia memegang kuat-kuat bahagian lengan kerusi yang diduduki. Air mata cuba ditahan daripada mengalir. Riak muka tenang tidak menggambarkan hancurnya hati saat itu. Dia tidak mahu terlihat lemah di hadapan empat ahli lembaga syarikat yang baru memecatnya tanpa sebab yang munasabah. Akhirnya dia keluar bilik mesyuarat dengan banyak tanda tanya.
Mereka berkata "This is business. Tak perlu ambil hati. Tak perlu beremosi."
Apakah memang Tuhan mengajar dunia perniagaan perlu berhati kering, tidak boleh bersifat ihsan supaya tidak rugi? Lebih-lebih lagi terhadap rakan niaga yang banyak membantu bangunkan syarikat, hanya kerana ada ketidaksefahaman, terus dibuang begitu sahaja?
Lupa langsung segala kebaikan yang telah dilakukannya?
Ini contoh kes pengurusan konflik di tempat kerja.
Dan kita juga pernah dengar berita suami menganiaya isteri selebriti dengan mengeluarkan nama isterinya daripada syarikat. Sedangkan syarikat tersebut asalnya dibangunkan si isteri.
Dalam Quran, Allah s.w.t mengajar sesuatu.
Memang manusia itu, adakalanya berselisih, tak sehaluan meskipun asalnya rapat & saling mencintai. Saat terjadi konflik, tetap perlu urus dengan adil.
Jangan hadapinya ikut emosi.
Tapi urus dengan Iman.
Bayangkan situasi ini.
Sepasang lelaki & wanita sudah bersetuju untuk menikah.
Sudah ada kepercayaan.
Namun, tiba² sesuatu berlaku. Terpaksa menceraikan setelah akad nikah.
Bagaimana?
Adakah dua manusia & keluarga yang sebelum ini saling mengasihi, langsung bertukar saling membenci & memusuhi?
Wajarkah hubungan sesama manusia begitu?
Cuba renung ayat ini
================
وَإِن طَلَّقۡتُمُوهُنَّ مِن قَبۡلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدۡ فَرَضۡتُمۡ لَهُنَّ فَرِيضَةٗ فَنِصۡفُ مَا فَرَضۡتُمۡ إِلَّآ أَن يَعۡفُونَ أَوۡ يَعۡفُوَاْ ٱلَّذِي بِيَدِهِۦ عُقۡدَةُ ٱلنِّكَاحِۚ وَأَن تَعۡفُوٓاْ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۚ وَلَا تَنسَوُاْ ٱلۡفَضۡلَ بَيۡنَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.
-Surah Al-Baqarah, Ayah 237
==============
Kalau talaq sebelum bercampur sekalipun, Allah ajar si lelaki untuk tetap berikan separuh maskahwinnya.
Dan Allah s.w.t ajar keluarga si perempuan untuk menghalalkan (melepaskan hak separuh mas kahwin) & memaafkan. Itu lebih dekat dengan taqwa.
MashaAllah.
Ini, pengurusan emosi tahap tinggi.
Tak akan mampu dilakukan melainkan mnausia yang kuat imannya pada akhirat, lalu lebih menghargai ganjaran taqwa berbanding ego memenangkan emosi.
Lumrah hubungan sesama manusia akan berlaku konflik. Uruslah dengan adil. Uruslah dengan Ihsan. Sesungguhnya Allah s.w.t melihat apa yang kita lakukan & Dia tidak mensia-siakan setiap tindakan taqwa kita.
Akhirnya, ayat atas ditutup indah dengan
وَلَا تَنسَوُاْ ٱلۡفَضۡلَ بَيۡنَكُمۡۚ
"Jangan lupa kebaikan antara sesama kamu."
Biar sebenci mana sekalipun. Pasti ada kebaikan yang pernah dilakukan sebelumnya. Ingat segala kebaikannya. Tidak adil jika seorang manusia "dilabel & dinilai" hanya kerana satu peristiwa. Sedangkan banyak kebaikan-kebaikan sebelumnya yang pernah dia lakukan.
Justeru, putuskan perhubungan dengan baik & adil kerana Allah s.w.t
Jangan lupa kebaikan yang telah dilakukan sesama kalian.
Ulasan
Catat Ulasan