"Awak tahu, saya asyik teringat tempat awak je bila belajar tafsir hari ni." Ujarku kepada teman Uyghurku yang turut mengikuti pengajian Ta'leemul Quran.
Dia mengangguk, mengeyakan.
"Memang setiap zaman, sentiasa ada tirani yang buat kezaliman. Dan Allah s.w.t tak akan biarkan selama-lamanya."
Dia masih diam.
"Cuma, kitalah kena bertindak. Bina jiwa Muslim yang ada ciri-ciri sabar & taat beriman kepadaNya. Lalu sanggup berjihad dengan harta & jiwa, perangi kaum zalim. Nanti Dia akan kurniakan kemenangan. InshaAllah."
×××
Sebelum ni, ada rasa jihad sehingga mengorbankan nyawa itu sesuatu yang jauh dan menakutkan.
Berperang melawan tirani?
"Oh, tunggu sahajalah kuasa-kuasa besar yang bantu melawan. Kita lemah, lihat sahaja."
Tunggulah,
Lagi 10 tahun?
Lagi 20 tahun?
Sedangkan saat ini sudah lebih 70 tahun East Turkestan dijajah komunis. Seusia tanah Palestin mula diambil. Bezanya komunis berjaya ambil seluruh negara East Turkestan sekaligus tetapi Israel lemah hanya mampu ambil tanah Palestin sikit demi sikit.
Kita negara Muslim...
Takut dengan kematian? Tiada yang menghantar mujahid seperti tentera Thalut melawan Jalut.
Realitinya, kematian itu sesuatu yang pasti.
Yang harus ditakutkan bukanlah kematian lalu usaha lari daripadanya dengan enggan berjihad.
Tetapi, takutlah jika jiwa tidak bersiap menghadap Tuhan.
======
{ ۞أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَٰرِهِمۡ وَهُمۡ أُلُوفٌ حَذَرَ ٱلۡمَوۡتِ فَقَالَ لَهُمُ ٱللَّهُ مُوتُواْ ثُمَّ أَحۡيَٰهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلنَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَشۡكُرُونَ }
Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
[Surah Al-Baqarah: 243]
======
Manusia ni, terlalu mencintai kesenangan dunia, enggan bersusah-susah dan cuba lari daripada kematian. Sedangkan jika Allah s.w.t mahu, semudah Dia berkata "Matilah kamu", maka matilah si manusia.
Jika si manusia sedar hakikat ini, pastilah Dia mahu berjihad atas jalanNya. Kerana pilihan itulah yang menguntungkan kehidupan abadi.
======
وَقَـٰتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ سَمِیعٌ عَلِیمࣱ (244)
Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran ugamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[Surah Al-Baqarah: 244]
=====
Setiap nikmat kurniaanNya berbentuk ilmu, harta, masa & tenaga, semuanya akan hilang saat maut menjemput. Melainkan nikmat yang digunakan pada jalan Allah s.w.t.
Itulah pinjaman yang dibuat kepada Allah s.w.t. Dan Dia berjanji bahawa Dia akan "membayar" pinjaman tersebut dengan balasan berlipat kali ganda.
======
مَّن ذَا ٱلَّذِی یُقۡرِضُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا فَیُضَـٰعِفَهُۥ لَهُۥۤ أَضۡعَافࣰا كَثِیرَةࣰۚ وَٱللَّهُ یَقۡبِضُ وَیَبۡصُۜطُ وَإِلَیۡهِ تُرۡجَعُونَ (245)
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
[Surah Al-Baqarah: 245]
=======
Untunglah mukmin bijak yang membuat pelaburan untuk keuntungan akhirat. Segala miliknya dipinjamkan kepada Allah s.w.t dengan jihad fi sabilillah.
Refleksi diri.
Sudahkah saya mensyukuri nikmat kurniaanNya dengan memberikan harta, tenaga, buah fikiran pada jalanNya, untuk perjuangkan agamaNya, sampaikan firman Tuhan?
Sudahkah saya ambil peranan bangunkan generasi rijal yang beriman dan sanggup berperang atas jalanNya?
Ulasan
Catat Ulasan