Dua rakan bersembang tentang topik yang baru dipelajari.
"Kalau orang berhutang dengan kau, lepas tu tiba tempoh yang dipersetujui untuk bayar tapi dia tak mampu bayar, apa jadi?"
"Kalau kes ni berlaku di bank, bunga (faedah) dia bertambah."
"Kalau bukan bank? Kau sendiri yang bagi hutang."
"Hmm... Tengoklah. Kalau dia orang susah, berhutang untuk keperluan hidup macam makanan, pakaian & rumah, bagi je lah penangguhan. Kesian dia."
"Tapi kalau dia tak miskin, tapi berhutang untuk penuhi nafsu kehendak dia, bukan keperluan?"
"Dah kenapa aku nak bagi hutang ke dia? In the first place aku tak akan bagi pun. Hutang ni untuk orang susah je."
__________________
Asalnya, hutang bukan cara hidup (lifestyle).
Hanya yang terdesak, miskin, terpaksa berhutang untuk penuhi keperluan hidup. Jika hal ini difahami, kita akan mengerti anjuran memaafkan orang berhutang yang tak mampu bayar.
=====
{ وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٖ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٖۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ }
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
[Surah Al-Baqarah: 280]
=====
Tapi,
Dalam dunia yang menjadikan hutang sebagai alat dagang, ayat di atas sulit dimengerti.
Kerana, orang miskin dinafikan daripada mendapat bantuan hutang di bank-bank (conventional & Islamic). Hanya orang "berkemampuan" yang boleh apply hutang.
Lalu, ayat 280 Al-Baqarah lagi-lagi sulit dihadam.
"Saya bantu beri khidmat hutang kepada dia sebab saya yakin dia mampu bayar balik. Kalau dia tak mampu bayar balik, saya tak akan bagi."
Eh???
Dalam masyarakat yang sudah normalisasi perniagaan hutang, apakah kebenaran semakin tenggelam?
Riba secara jelas adalah haram.
=====
{ ٱلَّذِينَ يَأۡكُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِي يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡبَيۡعُ مِثۡلُ ٱلرِّبَوٰاْۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوۡعِظَةٞ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمۡرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنۡ عَادَ فَأُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ }
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
[Surah Al-Baqarah: 275]
=====
Zakat & sedekah juga secara jelasnya adalah solusi kepada isu golongan manusia miskin yang perlu bantuan untuk penuhi keperluan hidupnya.
=====
{ يَمۡحَقُ ٱللَّهُ ٱلرِّبَوٰاْ وَيُرۡبِي ٱلصَّدَقَٰتِۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ }
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
[Surah Al-Baqarah: 276]
=====
Riba itu jelas.
Zakat , infaq, sedeqah itu jelas.
Riba tak akan musnah jika zakat, infaq & sedekah tidak jadi norma dalam masyarakat. Jiwa manusia bertaqwa yang mengimani yang ghaib harus dididik dan dibangunkan dalam sesebuah masyarakat sebelum usaha banteras riba.
Yang menjadi isu, meskipun Allah s.w.t secara jelas beri solusi sedeqah terhadap masalah riba, ada yang memberikan solusi selain sedeqah kepada riba. Khuatir solusi tersebut jadi tandingan (syirik andadan) kepada solusi sedeqah yang Allah s.w.t berikan, lalu orang-orang beriman berpaling daripada solusi sedeqah sebaliknya fokus kepada solusi yang direka manusia.
=====
{ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فِرَٰشٗا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءٗ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَخۡرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزۡقٗا لَّكُمۡۖ فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادٗا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ }
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
[Surah Al-Baqarah: 22]
=====
Sungguh.
Solusi tersebut tiada riba secara teknikal.
Tetapi natijah atau kesannya sama dengan riba.
Dan ada tambahan kesannya iaitu menormalisasi hutang (yang tak perlu) dalam kalangan orang beriman.
Apakah sulit terima sedeqah sebagai solusi / alternatif riba? Sehinggakan perlu mencipta kaedah/sistem baru yang bukan riba dan bukan juga infaq?
"Sebijak" kaum pesisir pantai yang cipta kaedah untuk tangkap ikan pada Hari Sabat dalam keadaan tak nampak berkerja Hari Sabat, kononnya kerana mahu taat larangan berkerja Hari Sabat.
Ya benar, secara teknikal mereka tidak berkerja Hari Sabat. Tapi, ikan tetap ditangkap Hari Sabat.
=====
{ وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلَّذِينَ ٱعۡتَدَوۡاْ مِنكُمۡ فِي ٱلسَّبۡتِ فَقُلۡنَا لَهُمۡ كُونُواْ قِرَدَةً خَٰسِـِٔينَ }
Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
[Surah Al-Baqarah: 65]
=====
"Manusia bertukar jadi kera? Takutnya!"
Kera, nampak seperti manusia, tetapi bukan manusia. Dapat kita perhatikan hukumannya mirip kesalahan mereka. Mereka tidak langgar perintah berkerja Hari Sabat, tapi realitinya ikan ditangkap Hari Sabat. Nampak macam tak langgar larangan tapi hakikatnya langgar larangan Allah s.w.t.
Memang sepatutnya sejarah itu menakutkan manusia yang tahu mengenainya.
Namun. Rupa-rupanya hanya orang bertaqwa sahaja akan mampu ambil pengajaran.
=====
{ فَجَعَلۡنَٰهَا نَكَٰلٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهَا وَمَا خَلۡفَهَا وَمَوۡعِظَةٗ لِّلۡمُتَّقِينَ }
Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
[Surah Al-Baqarah: 66]
=====
Refleksi diri.
Jika masih sulit terima pengharaman riba, sedarilah diri yang berstatus hamba. Allah s.w.t Yang Maha Bijaksana berhak tentukan apa yang halal & haram. Pastinya semua ketetapan itu untuk kebaikan si hamba.
Terlalu banyak makanan halal & toyyib atas muka bumi ini. Kenapa nak makan makanan yang diharamkan.
Terlalu banyak barang dagangan yang Allah s.w.t benarkan untuk diniagakan. Kenapa mahukan perniagaan hutang yang diharamkan?
Ingat lagi di syurga, terlalu banyak sumber makanan halal yang dibenarkan. Dan Allah s.w.t. uji Nabi Adam & Hawwa dengan satu pohon terlarang. Iblis membisik dengan tipu daya nembuatkan Nabi Adam & Hawwa mencicipi / merasa sedikit buah daripada pohon terlarang.
Belajarlah dari sejarah.
Jangan sampai syaitan berjaya memperdaya.
=====
{ يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٰتِهِمَآۚ إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ }
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
[Surah Al-A`râf: 27]
======
Allahu'alam.
Nota : Nak faham tentang riba, harus faham seluruh surah Al-Baqarah, perlu faham tentang banyaknya ayat-ayat tentang infaq.
Jangan jadi macam sesetengah Bani Israil, yang menyikapi perintah Allah dengan rasa enggan lalu cari jalan untuk ingkar tapi dalam masa yang sama mahu nampak macam masih taat beriman.
Ulasan
Catat Ulasan