Dalam keluarga, kadang-kadang ada istilah "anak emas" atau "menantu pilihan". Itu menggambarkan kedudukan insan tersebut di hati orang tua. Lalu, tindak-tanduknya sering dapat keistimewaan.
Pernah tahu siapa pula makhluk pilihan Tuhan?
Istilah "pilih" dalam konteks ini adalah "Istofa" yang asalnya dari perkataan sofwa (suci, bersih)
Itulah makhluk pilihan, yang peduli mensucikan dirinya, bersih daripada keingkaran.
====
{ ۞إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰٓ ءَادَمَ وَنُوحٗا وَءَالَ إِبۡرَٰهِيمَ وَءَالَ عِمۡرَٰنَ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ }
Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing).
[Surah Âl-`Imrân: 33]
======
Bagaimana respon kita tatkala tahu Nabi Adam a.s, Nabi Nuh a.s, keluarga Ibrahim a.s & keluarga Imran merupakan golongan terpilih di sisi Robb?
Sama ada tiada rasa apa-apa, tak minat ambil peduli akibat posisi Tuhan tiada apa² dalam hati.
Atau teruja "Eh nak tahulah apa yang mereka dah buat sehingga dipilih Allah s.w.t. Saya pun nak terpilih juga!"
Sesama manusia, Kita Kan begitu.
Misalnya, mahu ambil tahu apa yang xyz lakukan kerana berjaya curi hati insan tersayang. Lalu cuba perbaiki diri untuk ikat hati pasangan kerana pasangan ada kedudukan istimewa dalam hati.
Justeru,
Khusus untuk mereka yang Allah s.w.t ada posisi istimewa dalam hati, rasa mahu dicintai Tuhan, mari renungi ayat berikutnya untuk bongkar peribadi salah seorang makhluk pilihan Tuhan dalam kalangan keluarga Imran.
======
{ إِذۡ قَالَتِ ٱمۡرَأَتُ عِمۡرَٰنَ رَبِّ إِنِّي نَذَرۡتُ لَكَ مَا فِي بَطۡنِي مُحَرَّرٗا فَتَقَبَّلۡ مِنِّيٓۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ }
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas, maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
[Surah Âl-`Imrân: 35]
======
Ada seorang ibu penuh syukur & cinta berhubung dengan Tuhan. Dia sendirian berdoa, bercakap-cakap dengan Tuhan tanpa seorang manusia pun tahu.Dia mengajar kita bahawa keperluan utama seorang hamba adalah perhatian Robbnya, bukan manusia-manusia termasuklah pengikut di media sosial.
Peribadi sebegini disukai Robb.
Meskipun saat peristiwa ini berlaku tiada satu manusia pun tahu, tetapi sejarah hubungan cinta melalui doa seorang Ibu kepada Robb ini tersebar seluruh dunia kerana terakam kemas dalam kitab akhir zaman.
Tahulah satu dunia zaman berzaman bahawa ibu Maryam amat dekat dengan Robbnya, berdoa sendiri-sendiri mengharap rahmat Tuhan.
Apa yang diungkapkan ibu Maryam?
Penuh rasa cinta, ibu Maryam bernazar untuk jadikan anak yang dikandungnya bebas sehingga hidupnya fokus untuk perjuangan atas jalanNya.
"Bebas" bagaimana?
Bebas sebagai seorang anak yang tak terikat memenuhi impian peribadi si ibu misalnya. Biar si anak punyai waktu belajar Al-Kitab , membenarkan Al-Kitab (At-Tahrim : 12). Selanjutnya apa? Itulah peranan besar seorang wanita dalam perjuangan atas jalanNya iaitu mendidik generasi. Bahkan surah yang bercakap tentang pewarisan agama diberikan nama Surah Maryam.
Setelah belajar Al-Kitab, membenarkannya, seterusnya adalah didik anak agar faham Al-Kitab. Itulah peluang amal yang diraih Maryam, mendidik Nabi Isa a.s. dengan wahyu setelah dirinya terlebih dahulu menguasai Al-Kitab bawah didikan Nabi Zakariyya.
Kehebatan Nabi Isa a.s sebagai Nabi ulul azmi, ada kaitan dengan sumbangan besar neneknya yang akrab dengan Tuhan, bermohon kepadaNya banyak waktu. Salah satu peristiwa yang dirakam dalam Al-Quran adalah saat dia berdoa bermohon keturunannya terselamat daripada gangguan syaitan.
======
{ فَلَمَّا وَضَعَتۡهَا قَالَتۡ رَبِّ إِنِّي وَضَعۡتُهَآ أُنثَىٰ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا وَضَعَتۡ وَلَيۡسَ ٱلذَّكَرُ كَٱلۡأُنثَىٰۖ وَإِنِّي سَمَّيۡتُهَا مَرۡيَمَ وَإِنِّيٓ أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ }
Maka apabila dia melahirkannya, berkatalah dia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".
[Surah Âl-`Imrân: 36]
=====
Refleksi diri.
Sudahkah saya bercermin dengan peribadi golongan yang dipilih Allah s.w.t?
Sudahkah saya rasa syukur & cinta kepadaNya sehingga kebanyakan waktu memilih bercakap-cakap denganNya, bukan dengan manusia?
Sudahkah saya dekat dengan Allah s.w.t sebagaimana akrabnya ibu Maryam dengan tuhannya?, berdoa sendiri-sendiri mengharap rahmat Tuhan.
Apa yang diungkapkan ibu Maryam?
Penuh rasa cinta, ibu Maryam bernazar untuk jadikan anak yang dikandungnya bebas sehingga hidupnya fokus untuk perjuangan atas jalanNya.
"Bebas" bagaimana?
Bebas sebagai seorang anak yang tak terikat memenuhi impian peribadi si ibu misalnya. Biar si anak punyai waktu belajar Al-Kitab , membenarkan Al-Kitab (At-Tahrim : 12). Selanjutnya apa? Itulah peranan besar seorang wanita dalam perjuangan atas jalanNya. Setelah belajar Al-Kitab, membenarkannya, seterusnya adalah didik anak agar faham Al-Kitab. Itulah peluang amal yang diraih Maryam, mendidik Nabi Isa a.s. dengan wahyu setelah dirinya terlebih dahulu menguasai Al-Kitab bawah didikan Nabi Zakariyya.
Kehebatan Nabi Isa a.s sebagai Nabi ulul azmi, ada kaitan dengan sumbangan besar neneknya yang akrab dengan Tuhan, bermohon kepadaNya banyak waktu. Salah satu peristiwa yang dirakam dalam Al-Quran adalah saat dia berdoa bermohon keturunannya terselamat daripada gangguan syaitan.
======
{ فَلَمَّا وَضَعَتۡهَا قَالَتۡ رَبِّ إِنِّي وَضَعۡتُهَآ أُنثَىٰ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا وَضَعَتۡ وَلَيۡسَ ٱلذَّكَرُ كَٱلۡأُنثَىٰۖ وَإِنِّي سَمَّيۡتُهَا مَرۡيَمَ وَإِنِّيٓ أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ }
Maka apabila dia melahirkannya, berkatalah dia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".
[Surah Âl-`Imrân: 36]
=====
Refleksi diri.
Sudahkah saya bercermin dengan peribadi golongan yang dipilih Allah s.w.t?
Sudahkah saya rasa syukur & cinta kepadaNya sehingga kebanyakan waktu memilih bercakap-cakap denganNya, bukan dengan manusia?
Sudahkah saya dekat dengan Allah s.w.t sebagaimana akrabnya ibu Maryam dengan tuhannya?
Ulasan
Catat Ulasan