Bayangkan.
Jika anda melakukan satu kesilapan lalu ditangkap pihak berkuasa.
Ketika itu, disebabkan satu peristiwa, ibu bapa tak nak pandang bahkan bercakap dengan anda.
Lagi menakutkan, tiada yang mahu ikat jamin.
Bahkan tiada peguam pun mahu bantu "sucikan" daripada pertuduhan.
Duduklah dalam tahanan sendiri-sendiri menanti hukuman.
Teruk ya keadaan sedemikian.
Ada sesuatu juga akan berlaku di akhirat kelak.
Ada segolongan manusia, akan dibiarkan Allah s.w.t.
Allah s.w.t tak akan bercakap dengan mereka.
Allah s.w.t tak akan pandang mereka.
Dan Allah s.w.t tak akan mensucikan mereka daripada dosa.
Akibatnya, azab neraka yang pedih & berterusan meningkat kepedihannya.
=====
{ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَشۡتَرُونَ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ وَأَیۡمَـٰنِهِمۡ ثَمَنࣰا قَلِیلًا أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَا خَلَـٰقَ لَهُمۡ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ وَلَا یُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ وَلَا یَنظُرُ إِلَیۡهِمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ وَلَا یُزَكِّیهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ }
Sesungguhnya orang-orang yang menjual beli janji Allah s.w.t dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang murah, mereka itu tidak memperoleh bahagian di akhirat. Allah tidak akan menyapa mereka, tidak akan memperhatikan mereka pada Hari Qiamat, dan tidak akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih
Surah Ali-'Imran, 3:77
======
Jual beli dengan harga yang murah?
Apa yang dibeli?
Apa yang dijadikan "Wang tukaran".
Yang dibeli adalah manfaat dan kehendak dunia.
Yang di'lepaskan' sebagai "Wang tukaran" adalah janji Allah s.w.t dan sumpah-sumpah mereka.
Misalnya, dalam soal harta warisan yang perlu lalui hukum faraid, ada yang gelap mata melihat harta yang ditinggalkan. Lalu cari jalan langgar janji mengabdi kepada Allah s.w.t (kalimah Syahadah) dengan ingkar hukum perintahNya. Lebih sanggup melepaskan janji sebagai hambaNya untuk "membeli" habuan dunia. Sanggup berlaku zalim untuk dapatkan dunia yang rendah.
Jangan
Jangan kenapa beriman, kemudian tidak.
Akibat sangat mencintai dunia, enggan lepaskannya.
Hati-hati.
Andai tidak bertaubat, berbuat islah, pulangkan hak... Jangan sampai jadi penghuni neraka yang kekal selamanya.
Akibat tidak dipandang Allah s.w.t dan tidak disucikanNya di akhirat kelak.
REFLEKSI
Apakah ada janji saya sebagai hambaNya yang saya ingkari? Sudahkah saya penuhi janji-janji saya sesama manusia?
PELAN TINDAK
Moga-moga semakin berpegang kuat pada Al-Kitab sebagai bukti tidak melanggar janji denganNya.
Ulasan
Catat Ulasan