Ambil perspektif, usah zalimi anak orang lain.
_________________
Seorang lelaki sakit sedang menunggu hari ajalnya.
Acapkali adik-beradikya hadir menemani.
Ada yang menasihati berbunyi "Harta-harta awak tu, baik awak jangan wariskan kepada anak-anak. Mereka tu tak pandai urus harta." Sedangkan terselit dalam hatinya mahu dapat semua harta yang bakal diwariskan.
Allah s.w.t beri peringatan.
Jangan buat begitu!
Jangan ungkapkan kata-kata mempengaruhi seseorang menzalimi anak-anaknya.
Cuba ambil perspektif.
Bagaimana jika kelak anda yang mati & tinggalkan anak-anak yang lemah? Adakah sanggup mereka dizalimi?
=====
{ وَلۡيَخۡشَ ٱلَّذِينَ لَوۡ تَرَكُواْ مِنۡ خَلۡفِهِمۡ ذُرِّيَّةٗ ضِعَٰفًا خَافُواْ عَلَيۡهِمۡ فَلۡيَتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡيَقُولُواْ قَوۡلٗا سَدِيدًا }
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).
[Surah An-Nisâ': 9]
=====
وَلۡيَقُولُواْ قَوۡلٗا سَدِيدًا
Berkatalah kata-kata yang betul, yang tepat.
Usah jadikan lidah senjata mempengaruhi orang agar dapat habuan dunia serta menzalimi balu & anak-anak yatim.
Ulasan
Catat Ulasan