"Awak, saya dah beli buku yang awak promo hari tu. Terima kasih kongsikan maklumat." Seorang pelanggan mengungkap penghargaan.
"Sama-sama." Dina, affiliate marketer menjawab dengan hati berbunga-bunga.
Dalam mindanya, terbayangkan jumlah komisyen yang bakal masuk dalam akaun.
Tidak berapa lama kemudian, tiga lagi kenalan menghubungi.
"Kitorang dah beli! Thank you."
Dina senyum ke telinga. Dia mula mencongak. Empat darab nilai komisyen, RM30. wah, dah dapat RM120 hari ini.
Dina teruja. Cepat-cepat masuk ke sistem onpay penerbit, bahagian affiliate.
Mimik muka Dina berubah. Dadanya rasa sedikit sesak dan ketat. Dina memeluk tubuh cuba melegakan hati. Terasa degup jantung sedikit laju mungkin kerana kecewa terhadap harapan.
"Kosong. Tak masuk apa-apapun."
Pelbagai fikiran menerjah minda.
"Mungkin mereka tak beli dari link affiliate saya."
"Mungkin marketer utama dari syarikat berjaya tarik perhatian pelanggan saya jauh lebih banyak."
"Mungkin pelanggan saya dah masuk database affiliate yang lain.
.
.
.
_____________
Pernah lalui keadaan sedemikian? Tanpa pergantungan benar terhadap Dia Ar-Razzaq, hati mudah menyalahkan manusia-manusia lain konon "perampas" rezeki yang diharapkan jadi milik sendiri.
Harapan yang musnah, memang buat rasa kecewa. Lebih-lebih lagi jika hasil , suka diikat dengan usaha yang telah dilabur.
"Ni network saya."
"Saya dah susah-susah buat post ayat marketing tiba-tiba customer yang mengaku dapat maklumat daripada saya, 'terbeli' kat link orang lain pula."
Rasa sakit hati bila usaha sia-sia? Penat-penat berusaha tapi tiada hasil? Yang keluarkan modal, lalu tak dapat pulangkan modal, lagi-lagi rasa kecewa.
Rugi.
Amat amat rugi.
.
.
.
Cuba hayati fenomena ini.
Dan kaitkan dengan fenomena di akhirat kelak.
Akan tiba suatu masa, Allah s.w.t menghitung segala amal umat manusia. Manusia dari zaman Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Sulaiman, Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w, semua umat akan dihisab.
Hanya satu sahaja yang Dia terima.
Itulah Islam.
========
{ قُلۡ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ }
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)".
{ وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ }
Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
[Surah Âl-`Imrân: 84-85]
=========
Bayangkan,
Usia manusia adalah modal amal solehnya.
Semakin banyak dia mengisi usia dengan Amal kebaikan, moga-moga semakin banyak ganjaran yang bakal diterima pada kehidupan selepas kematian.
Namun.
Andai amal yang dibuat tidak bersandarkan agama Islam, semuanya hilang.
Biar sebaik manapun akhlak.
Biar sepemurah mana pun jiwa,
Semuanya ibarat debu yange diterbangkan angin.
Hilang.
Tiada hasil.
Bahkan risiko dimasukkan ke dalam neraka lagi.
=====
{ وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٖ فَجَعَلۡنَٰهُ هَبَآءٗ مَّنثُورًا }
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.
[Surah Al-Furqân: 23]
======
Bayangkan fenomena ini.
Dah penat-penat usaha tapi Allah s.w.t jadikannya debu, hilang
Ya Allah
Apa lagi yang lebih rugi daripada hal ini?
Justeru,
Pilihlah untuk hidup dengan agama Islam hari ini.
Biar berjaya.
Jangan rugi.
Jika gagal dapatkan komisyen sebagai affiliate marketer, masih boleh muhasabah strategi, perbaiki tindakan.
Namun, jika gagal di akhirat,tiada lagi peluang kembali. Hanya menanti destinasi syurga atau neraka.
Tentukan destinasi sekarang, saat masih boleh bernafas udara dunia.
Ulasan
Catat Ulasan