"Kenapa biar je barang jualan di luar?"
"Tak pe. Selamat. Kejiranan sini semuanya amanah."
Bila bercakap soal harta, kebiasaannya pasti kita mahu selamatkan daripada dirompak. Hanya pada sesetengah kawasan yang telah diyakini selamat, barulah kita perhatikan fenomena penjual membiar sahaja barang jualan di luar tanpa rasa takut dicuri.
Itulah masyarakat yang ada jiwa taqwa.
Mari bicara soal harta warisan pula.
Harta peninggalan si mati adakalanya diwarisi anak-anak kecil yang tak punya daya tuntut haknya. Bagaimana anak-anak kecil ini mampu mengunci harta peninggalan ayahnya? Lalu bagaimana nak pastikan hak anak-anak ini terjaga daripada dibolot penjaga yang rakus?
Rasa takut terhadap santapan api neraka seharusnya membuatkan seseorang itu amanah menjaga harta anak yatim.
=====
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَأۡكُلُونَ أَمۡوَٰلَ ٱلۡيَتَٰمَىٰ ظُلۡمًا إِنَّمَا يَأۡكُلُونَ فِي بُطُونِهِمۡ نَارٗاۖ وَسَيَصۡلَوۡنَ سَعِيرٗا }
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
[Surah An-Nisâ': 10]
=====
Allah swt memberi ancaman bahawa setiap harta anak yatim yang dimakan sebenarnya berupa api neraka. Dan yang memakannya akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
Makanan, seharusnya beri kesan bukan? Bila kita memakan makanan, kita akan raih tenaga & zat untuk fungsi badan.
Tapi, bagaimana jika makanan yang dimakan adalah bersumber harta anak yatim yang diambil secara zalim?
Akankah barokah?
Sebaliknya, mengundang kehidupan yang sengsara di neraka.
Berbaloikah?
Sedangkan, mereka yang amanah memelihara harta anak yatim serta taat ikut pecahan pembahagian harta selari wahyu, syurga menanti
=====
{ تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِۚ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ يُدۡخِلۡهُ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ وَذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ }
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
{ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُۥ يُدۡخِلۡهُ نَارًا خَٰلِدٗا فِيهَا وَلَهُۥ عَذَابٞ مُّهِينٞ }
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.
[Surah An-Nisâ': 13-14]
=====
"Eh, tapi dia tu selamba je makan harta anak yatim. Nampak bahagia je hidup. Mewah."
Sedarilah bahawa Allah s.w.t Al-Haleem. Dia tidak membalas segera perbuatan jahat. Tetapi, yakinlah, azab pedih menanti di akhirat.
=====
مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصَىٰ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍ غَيۡرَ مُضَآرّٖۚ وَصِيَّةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٞ }
(Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
[Surah An-Nisâ': 12]
=====
Ulasan
Catat Ulasan