"Kasihan mereka yang ditindas..." Ujar dia dengan suara lemah.
"Siapa?"
"Uyghur, Palestin. Nak masuk 70 tahun lebih dah mereka dijajah & ditindas."
"Kalau gitu, jomlah."
"Jom apa?"
"Jom persiapkan diri bantu mereka."
======
{ وَمَا لَكُمۡ لَا تُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٰنِ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡ هَٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلظَّالِمِ أَهۡلُهَا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا }
Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".
[Surah An-Nisâ': 75]
=====
Selamatkan kaum yang tertindas seperti di Palestin dan Uyghur region, adalah tanggungjawab mereka yang berada di negara aman.
Dua-dua pihak yang tertindas dan tidak tertindas sebenarnya sama-sama diuji.
Yang ditindas teruji kesabaran mereka.
Yang tidak ditindas pula teruji kesyukuran. Apakah peduli sahut seruan jihad di jalan Allah dengan selamatkan mereka yang ditindas?
Realiti hal ini perlukan persiapan.
Persiapan Iman dengan kefahaman wahyu.
Persiapan fizikal dengan kekuatan jasad & teknologi.
Dan usaha persiapkan diri inilah jadi bukti keimanan.
=====
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ خُذُواْ حِذۡرَكُمۡ فَٱنفِرُواْ ثُبَاتٍ أَوِ ٱنفِرُواْ جَمِيعٗا }
Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.
[Surah An-Nisâ': 71]
=====
Perintah selamatkan kaum yang ditindas pada ayat ke-75 surah An-Nisa' ini datang setelah banyaknya perintah Allah s.w.t untuk berbuat baik kepada ahli keluarga, tidak menzalimi anak yatim dan wanita.
Setiap individu mukmin itu terlebih dahulu bertanggungjawab terhadap jiwa-jiwa manusia sekelilingnya.
Usah zalimi.
Berbuat baiklah.
Jaga hubungan silaturrahim.
Jika tanggungjawab terhadap mereka yang bawah jagaan diurus baik, moga-moga hati berjiwa besar persiapkan diri secara kolektif dengan mukmin lain, untuk selamatkan kaum yang ditindas.
Justeru,
Mulakan langkah peduli memahami seluruh kalamullah.
Dari surah Al-Fatihah hingga ke An-Nas.
Agar terbangun Iman kuat terhadap ganjaran akhirat. Lalu sanggup berkorban dan berjihad atas jalanNya.
=====
{ ۞فَلۡيُقَٰتِلۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يَشۡرُونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا بِٱلۡأٓخِرَةِۚ وَمَن يُقَٰتِلۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيُقۡتَلۡ أَوۡ يَغۡلِبۡ فَسَوۡفَ نُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا }
Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.
[Surah An-Nisâ': 74]
=====
Tidak ada ruginya berperang di jalan Allah s.w.t
Sama ada menang atau mati syahid.
Moga-moga kita dikurniakan taufiq untuk melakukan apa yang Dia perintahkan.
Ulasan
Catat Ulasan