Dalam satu mesyuarat,
"Siapa yang akan uruskan ceramah bulanan kita kali ni?" Pengerusi menyuarakan.
Semua diam.
Kemudian,
Untuk kesekian kalinya dia bersuara,
"Saya boleh."
"Tapi, memang sentiasa awak je yang buat. Takpe ke?" Ada rasa risau pada nada suara pengerusi.
.
.
.
Di luar bilik mesyuarat,
"Kasihan saya tengok Fadli tu. Asyik dia je volunteer buat semua ni." Salah seorang ahli menyuarakan.
"Sebenarnya, kasihan pada Fadli, atau kasihan kat kita yang duduk-duduk tak beramal ni?" Temannya menjawab.
"Hah?"
"Orang macam Fadli tu dah jihad beramal. Kita ni yang belum. Sepatutnya kita risau diri sendiri ni ha. Jomlah terlibat projek ajar Quran tu."
.
.
.
Hidup ini tatkala dilihat dengan kaca mata keduniaan, mudah rasa kasihan & kerugian pada tempat yang tak kena.
Misalnya, kasihan pada orang yang beramal berbakti kerana terpaksa korbankan masa & tenaga untuk sesuatu yang tak nampak keuntungan dunia.
Ada rasa "rugi".
Rugi masa.
Rugi tenaga.
Rugi harta.
Lalu berat untuk beramal.
Namun, jiwa yang yakin pada akhirat, sebaliknya rasa rugi & kasihan pada manusia yang enggan korbankan harta, masa & tenaga untuk jalan Allah s.w.t.
"Kasihannya kalian yang tak beramal, rugi!"
========
{ لَّا یَسۡتَوِی ٱلۡقَـٰعِدُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ غَیۡرُ أُو۟لِی ٱلضَّرَرِ وَٱلۡمُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَ ٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡۚ فَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَـٰهِدِینَ بِأَمۡوَ ٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ عَلَى ٱلۡقَـٰعِدِینَ دَرَجَةࣰۚ وَكُلࣰّا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَفَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَـٰهِدِینَ عَلَى ٱلۡقَـٰعِدِینَ أَجۡرًا عَظِیمࣰا (95) دَرَجَـٰتࣲ مِّنۡهُ وَمَغۡفِرَةࣰ وَرَحۡمَةࣰۚ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمًا (96) }
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Surah An-Nisâ': 95-96]
========
Perjuangkan agama Allah s.w.t perlukan pengorbanan. Ada kesungguhan (jihad) yang perlu dilabur.
Ganjarannya juga dahsyat.
1. Dapat darjat ketinggian dari sisiNya (syurga)
2. Dapat pengampunan.
3. Dapat rahmah.
Sebenarnya, beruntung orang yang beramal.
Tapi kenapa rasa berat nak berjuang?
Bahkan kerja-kerja harian seperti kemas rumah & memasak pun ada yang berkira
"Asyik saya je yang buat!"
Selagi mana Iman pada akhirat itu lemah, sulit rasa mahu membantu & berbuat baik.
Jika untuk berbuat baik pun sudah rasa sulit, bagaimana untuk mampu berjihad di jalanNya?
Justeru, kenali Allah s.w.t
Kenalilah akhirat.
Fahami wahyu, moga-moga Iman pada akhirat makin kuat.
Ulasan
Catat Ulasan