Victimhood mindset : Hasad dengki membangun tembok, gagal lihat kebenaran bahkan berhujah boleh berlaku zalim.

 


Dalam keluarga Nabi Yaakub a.s, ada isu yang berlaku dan tidak diberitahu Allah s.w.t kepada kita umat akhir zaman.
Meskipun Nabi Yaakub a.s mencurahkan kasih sayang dan beri ruang (SPACE) kepada semua anak-anaknya, akibat tembok yang terbina terkait isu keluarga, abang-abang Nabi Yusuf a.s tidak dapat "sedar" dan "rasa" kasih sayang ayahnya. Bahkan abang-abang nabi Yusuf a.s merasakan ayahnya melebihkan Nabi Yusuf a.s.
Masa berlalu dan Nabi Yusuf a.s masuk usia kanak-kanak.
Tatkala Nabi Yusuf a.s mengkhabarkan berita mimpinya, tahulah Nabi Yaakub a.s bahawa yang terpilih jadi nabi adalah Yusuf. Memang melalui wahyu sebelum ni, mereka tahu keturunan Nabi Ibrahim a.s. akan melahirkan nabi.
Jika berita ini sampai pada abang-abangnya yang sudahpun dengki terhadap Yusuf sejak mula, risiko berlaku hal yang tidak diingini.
Lalu Nabi Yaakub a.s. berpesan untuk tidak sampaikan berita ini kepada yang lain.
======
{ قَالَ يَٰبُنَيَّ لَا تَقۡصُصۡ رُءۡيَاكَ عَلَىٰٓ إِخۡوَتِكَ فَيَكِيدُواْ لَكَ كَيۡدًاۖ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٞ مُّبِينٞ }
Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
[Surah Yûsuf: 5]
======
Penerangan karakteristik abang-abang Nabi Yusuf a.s. digandingkan dengan peringatan syaitan sebagai musuh yang nyata.
Apa kaitan dengki dan syaitan?
Sejarah iblis mengajar kita sikapnya yang sombong, membanding-bandingkan dirinya dengan Nabi Adam a.s. Ini adalah manifestasi kedengkian.
Hasad dengki Iblis menyebabkan dia mahu membinasakan Nabi Adam a.s. dan keturunan melalui kaedah penyesatan yang membawa ke neraka.
Rasa dengki ini sungguh bahaya. Membuatkan si pendengki raih alasan "Tak salah saya zalimi dia. Saya berhak buat apa² terhadap dia sebab saya mangsa."
"Mangsa" memang berhak berbuat apa-apa?
Apa kesalahan Nabi Yusuf a.s?
Sebab baginda wujud & terpilih (atas sebab peribadi & sifatnya) jadi nabi?
======
{ إِذۡ قَالُوا۟ لَیُوسُفُ وَأَخُوهُ أَحَبُّ إِلَىٰۤ أَبِینَا مِنَّا وَنَحۡنُ عُصۡبَةٌ إِنَّ أَبَانَا لَفِی ضَلَـٰلࣲ مُّبِینٍ (😎 ٱقۡتُلُوا۟ یُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضࣰا یَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِیكُمۡ وَتَكُونُوا۟ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡمࣰا صَـٰلِحِینَ (9) قَالَ قَاۤىِٕلࣱ مِّنۡهُمۡ لَا تَقۡتُلُوا۟ یُوسُفَ وَأَلۡقُوهُ فِی غَیَـٰبَتِ ٱلۡجُبِّ یَلۡتَقِطۡهُ بَعۡضُ ٱلسَّیَّارَةِ إِن كُنتُمۡ فَـٰعِلِینَ (10) }
(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata." (Ramai di antara mereka berkata):" Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna".Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu".
[Surah Yûsuf: 8-10]
=====
Dahsyat penangan kedengkian.
Boleh bawa pada niat bunuh.
Abang-abang Nabi Yusuf a.s "tenggelam" dalam kejahilan emosi membuatkan tidak nampak kebenaran. Kejahilan emosi membuatkan jasad mereka bertindak kejam kerana emosi jadi justifikasi tindakan. Ya boleh membunuh Nabi Yusuf a.s kerana selama ini mereka "mangsa" ketandusan kasih sayang ayah. Begitu justifikasi mereka.
.
.
.
Bahaya posisikan diri sebagai mangsa lalu membenarkan perbuatan salah. Blaming game. Persis iblis yang salahkan Allah s.w.t. Disebabkan Allah s.w.t membuatkan Iblis tersesat, maka iblis azam memusnahkan kehidupan Nabi Adam a.s. dan keturunannya.
.
.
Saat ini, kita berada dalam dunia media sosial yang terdedah dengan ilusi perbandingan.
"Kenapa dia banyak kali melancong, saya tak mampu."
"Kenapa dia senang sangat dapat jodoh."
"Banyaknya rezeki anak dia, saya tiada."
Dan macam-macamlah.
Kalau zaman dulu, orang tua pesan "Jangan tunjuk kat orang kalau tak nak kongsi."
Biasanya terkait makananlah. Kalau rasa makanan tu tak nak kongsi, sanggup makan sorok-sorok dalam kereta.
Zaman sekarang, hilang sensitiviti.
Tiada rasa segan menunjukkan sesuatu yang enggan dikongsi. Tak macam zaman dulu.
Dan realiti, Kita memang tak boleh nak kawal apa yang rakan alam maya kita mahu paparkan di akaun mereka.
Justeru,
Apa yang dalam kawalan kita?
Penglihatan.
Kawal apa yang dilihat.
Dan mohonlah pada Allah s.w.t akan limpah kurniaNya.
=====
{ وَلَا تَتَمَنَّوۡاْ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعۡضَكُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٞ مِّمَّا ٱكۡتَسَبُواْۖ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٞ مِّمَّا ٱكۡتَسَبۡنَۚ وَسۡـَٔلُواْ ٱللَّهَ مِن فَضۡلِهِۦٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٗا }
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[Surah An-Nisâ': 32]
=====
Belajarlah untuk tidak membanding-banding rezeki masing-masing .
Syukuri saat ini segala apa yang dimiliki.
Bermohonlah kepadaNya.
Ambil pengajaran daripada abang-abang Nabi Yusuf a.s yang dengki. Usah ikuti jejak iblis
======
{ ۞لَّقَدۡ كَانَ فِي يُوسُفَ وَإِخۡوَتِهِۦٓ ءَايَٰتٞ لِّلسَّآئِلِينَ }
Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar).
[Surah Yûsuf: 7]
======


Ulasan