Jika suami bersikap dingin berhari-hari. Atau tidak bertegur dalam tempoh yang lama, apa yang boleh dilakukan?
Adakalanya situasi tercetus bukanlah berpunca dosa. Tetapi hanya kerana hal-hal remeh yang tidak menjadi pilihannya. Contohnya tersilap letak tempat barang atau beri nasihat kebenaran yang tidak disukai.
Lalu ego membuatkannya mahu punya kuasa menghukum isteri dengan jalan mengabaikan.
Lebih parah, jika tanggungjawab suami (infaq harta untuk pakaian, makanan & rumah) terus dilepaskan. Membiarkan isteri terkapai-kapai.
Jika suami nusyuz, apa pedoman untuk isteri?
=====
{ وَإِنِ ٱمۡرَأَةٌ خَافَتۡ مِنۢ بَعۡلِهَا نُشُوزًا أَوۡ إِعۡرَاضٗا فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَآ أَن يُصۡلِحَا بَيۡنَهُمَا صُلۡحٗاۚ وَٱلصُّلۡحُ خَيۡرٞۗ وَأُحۡضِرَتِ ٱلۡأَنفُسُ ٱلشُّحَّۚ وَإِن تُحۡسِنُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٗا }
Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
[Surah An-Nisâ': 128]
=====
Seruan Allah s.w.t kepada pasangan ini adalah untuk capai pada persetujuan damai.
Kerana berdamai itu lebih baik daripada bercerai.
Kerana berdamai itu lebih baik daripada suami berterusan nusyuz & tidak melayani isteri.
Pastinya, proses damai ini tidak mudah. Si isteri perlu bertoleransi melepaskan haknya & berlapang dada jika itu jadi syarat si suami berhenti nusyuz & tidak melayaninya.
Pada kaca mata dunia, terlihat perbuatan bertoleransi mengalah dengan suami ini merugikan. Kerana egoisme kalah.
Tapi, Iman kepada akhirat membuatkan mukminah solehah sanggup berbuat kerana mengharapkan ganjaranNya.
Rupa-rupanya penyakit hati yang membuatkan rumahtangga sulit bertahan adalah sikap ٱلشُّحَّۚ
======
وَأُحۡضِرَتِ ٱلۡأَنفُسُ ٱلشُّحَّۚ
sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia.
An-Nisa :128
=====
Apakah maksud ٱلشُّحَّۚ ?
Itulah sikap bakhil, enggan memberi yang disertai kerakusan atau tamak.
Yang mahu semua haknya dipenuhi tanpa kurang bahkan berlebih-lebih, pada masa yang sama enggan memberi dan enggan memenuhi hak orang lain.
Jika ada sifat ini dalam pasangan suami isteri...
Tiada empati.
Saling mengungkit.
Tiada belas kasihan.
"Aku tak peduli, yang penting aku dapat hak aku."
Jika begini, mana mungkin persetujuan damai dapat dicapai.
Buat jiwa yang beriman, mahukan pulang bertemu Robb dalam keadaan qalbun Saleem?
Sejahterakanlah jiwamu.
Jadikanlah perkahwinan sebagai medan menukar egoisme "keakuan" kepada dunia kolektif "kekitaan" penuh kasih sayang.
Kerana realiti amal soleh itu bukan tentang apa yang sentiasa diri sendiri raih & nikmati hari-hari.
Tetapi tentang apa yang diri beri dan bantu hari-hari.
Akhirnya, Dia mendidik 3 kaedah merawat penyakit ٱلشُّحَّۚ
1. Berihsan
2. Bertaqwa
3. Kenal Allah s.w.t. Dia Maha Mendalam pengetahuanNya.
=====
وَإِن تُحۡسِنُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٗا
Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
[Surah An-Nisâ': 128]
=====
Bagaimana nak Ihsan?
Bagaimana nak bertaqwa?
Bagaimana nak kenal Allah SWT?
Itu, kisah pada post lain.
"Tapi, bagaimana jika isteri dah bertoleransi banyak, suami Masih bersikap dingin Dan abai tanggungjawab?"
Itu maknanya tak berjaya berdamailah tu.
Proses "sulh" adalah kerjasama dua pihak. Kalimah yang Allah s.w.t guna juga merujuk dua pihak, bukan sebelah pihak.
Dan tujuan "sulh" adalah supaya suami berhenti nusyuz & i'rad.
Sama seperti jika isteri nusyuz (4:34-35). Tujuan berbincang untuk damai adalah supaya isteri berhenti nusyuz. Jika isteri nusyuz, ambil jalan damai ini adalah langkah keempat. Tapi jika suami nusyuz, jalan ini adalah jalan pertama.
Jika tidak berjaya, Islam tawarkan juga solusi berpisah cara baik. Berpisah dengan taqwa. Boelh rujuk surah At-Talaq.
Ulasan
Catat Ulasan