Ketika scroll FB, update berita netizen, tiba-tiba terbaca post tentang video seseorang keluarkan statement yang dihukum salah & tak betul.
Dalam hati teruja nak cari tahu,
"Eh, ape dah berita netizen kali ni? Orang dok kutuk siapa kali ni? Apa kesalahan orang tu? Kenapa viral sangat berita ni?"
Dalam keterujaan cari tahu dan berminat terlibat sama berikan pandangan, pada masa yang sama terlibat mendedahkan keburukan pihak yang keluarkan statement dihukum "Salah" atau tersilap, ingat satu ayat ini.
Allah s.w.t tak suka.
Allah s.w.t tak suka.
Allah s.w.t tak suka.
Apa yang Allah s.w.t tak suka?
Allah tak suka keburukan atau kejahatan atau kelemahan seseorang didedahkan di khalayak ramai. Kecuali jika orang yang mendedahkan itu dizalimi.
=====
{ ۞لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا }
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[Surah An-Nisâ': 148]
=====
Dalam dunia Maya, dengan berita netizen yang laju, mudah sahaja berita-berita keburukan orang diviral-viralkan.
Sedangkan manusia itu memang tak terlepas daripada terbuat kesilapan. Adakalanya pendapatnya tak begitu tepat, tapi didedahkan dan disebarkan bahkan diburuk-burukkan oleh netizen.
Sedangkan Allah s.w.t tak suka.
Apa kesan kalau diri tak disukai Allah SWT?
Khuatir tak mendapat pengampunanNya.
Kerana Dia mengampuni hambaNya yang Dia cintai.
Bagaimana jika diri tergolong mereka yang tidak disukaiNya?
Apa akibat jika Dia tidak mengampuni dosa?
Azab neraka jawabnya.
Jika tidak tergolong orang yang dibersihkan oleh Allah s.w.t daripada dosa-dosa.
Justeru, hati-hati.
Jika tidak dizalimi, usah terlibat sebarkan kejahatan & keburukan orang
Sebaliknya, santuni pihak tersebut dengan nasihat. Amar makruf Nahi mungkar Dalam keadaan tidak menjatuhkan Maruahnya.
Dan khusus untuk orang yang dizalimi, dibenarkan untuk memberitahu kejahatan & keburukan pihak yang menzalimi. Agar dirinya terselamat daripada dizalimi.
Dan ada saranan yang lebih baik jika dia mahu memilih. Iaitu, maafkan pihak yang menzalimi dan bertindak baik terhadapnya. Dan tindakan ini pasti tidak mudah melainkan bagi orang beriman yang berjiwa besar.
Apa ganjarannya?
Kau akan dapati bahawa Dia Maha Pemaaf. Sedangkan Dia Maha Kuasa .
=====
{ إِن تُبۡدُواْ خَيۡرًا أَوۡ تُخۡفُوهُ أَوۡ تَعۡفُواْ عَن سُوٓءٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوّٗا قَدِيرًا }
Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
[Surah An-Nisâ': 149]
=======
Dalam hidup ini, memang ada-ada sahaja manusia bersikap zalim terhadap kita.
Jika memilih Sabar.
Memilih untuk memaafkan.
Kethauilah bahawa Allah s.w.t tak mensia-siakan amal Ihsan itu.
Engkau akan mendapati Dia Maha Pengampun terhadapmu.
=====
وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٌ }
dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
[Surah An-Nûr: 22]
=====
Moga-moga kita tergolong hamba yang dicintaiNya.
Dan hamba yang Dia ampunkan dosa.
=====
{ قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Surah Âl-`Imrân: 31]
=====
Ulasan
Catat Ulasan