"Kau tahu, apa kegagalan senior Muslim terdahulu dari kalangan ahlul kitab?"
"Mereka tak nak terima kenabian Muhammad s.a.w?"
"Betul. Dan satu karakteristik mereka iaitu mereka tak tahu kandungan Al-Kitab keseluruhannya."
"Tahu sikit-sikit maksud kau?"
"Ya "
"Owh. Macam aku je tu. Tak tahu semua."
.
.
.
.
=====
{ أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبٗا مِّنَ ٱلۡكِتَٰبِ يَشۡتَرُونَ ٱلضَّلَٰلَةَ وَيُرِيدُونَ أَن تَضِلُّواْ ٱلسَّبِيلَ }
Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan pertunjuk Tuhan), dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan.
[Surah An-Nisâ': 44]
=====
Dengan lensa pengabdian, tatkala seseorang tahu bahawa Tuhan telah menurunkan wahyu, bagaimana dia mahu bersikap?
Muslim terdahulu (Yahudi & Nasrani) yang dipimpin nabi² dari kalangan Bani Israil telah banyak menyimpang kerana memilih untuk faham hanya ayat-ayat yang sesuai dengan nafsu mereka.
Seakan-akan mereka hanya diberikan sebahagian Al-kitab.
Tak belajar keseluruhan.
Ini beri impak besar pada Iman.
Kerana Iman itu tergantung kefahaman wahyu seseorang.
======
{ وَكَذَٰلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحٗا مِّنۡ أَمۡرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدۡرِي مَا ٱلۡكِتَٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَٰنُ وَلَٰكِن جَعَلۡنَٰهُ نُورٗا نَّهۡدِي بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَهۡدِيٓ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ }
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami) engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu
dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
[Surah Ash-Shûrâ: 52]
=====
Jika pernah khatam buku teks biology, physiology, pathology, pharmacology, seharusnya juga berkemampuan belajar Al-Quran Kerana belajar Al-Quran tak sesusah subjek tersebut.
Jika pernah selesaikan buku teks calculus, chemistry, physics, seharusnya juga berkemampuan belajar seluruh Quran keran abelajar quran tak sesusah subjek² tersebut.
Persoalan kini bukan tentang mampu atau tidak. Tetapi tentang mahu atau tidak
#MyQuran Time Siri lalu membuktikan rakyat Malaysia mampu belajar keseluruhan halaman Al-Quran jika memilih jalan MAHU.
Justeru, letaklah azam.
"Sebelum mati bertemu Allah SWT, saya perlu selesai belajar semua ayat-ayatNya sekurang-kurangnya sekali secara berguru."
Agar hidup beroleh petunjuk
Agar tidak sesat
Agar boleh membuktikan kesyukuran kepadaNya atas nikmat terbesar Al-Quran.
Ulasan
Catat Ulasan