Ingat Allah s.w.t sebanyaknya


Katakan, seorang wanita terima poskad, jauh dari London pagi ini. Poskad itu kiriman temannya dengan nota "Kami tengah breakfast sekarang!" 

Bila disemak tarikh, 2 minggu lepas ketika dipos. 

Peristiwa yang dibaca 
"Kami tengah breakfast sekarang", 
dah jadi sejarah. 
Bukan masa kini.

Sekarang, 
Mari alihkan perhatian ke langit pula. 
Nampak bintang? 

Apa yang anda nampak saat ini, adalah sejarah. Itu adalah cahaya bintang berbilion tahun lalu. Jika anda mahu mengkajinya, anda sedang mengkaji kejadiannya yang berbilion tahun dahulu. Arkeologi langit. 

Langit sangat luas sehingga jaraknya diukur dengan kelajuan cahaya.
1-light year (jarak cahaya boleh bergerak dalam masa setahun) = 9.3 trillion km / tahun

Begitulah nak gambarkan betapa luasnya langit. 

Bintang terjauh berjaya ditangkap NASA pun 13 billion light-year
 
Dan itu tetap langit yang dekat dengan bumi, belum masuk langit di petala 2 hingga ke 7. Selagi mana nampak bintang, itulah langit pertama. 

=====
{ إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِزِينَةٍ ٱلۡكَوَاكِبِ }

Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.

[Surah As-Sâffât: 6]
======

Jika di dunia, untuk berhubung orang yang jauh, kita gunakan teknologi talian komunikasi. Guna internet. Itupun kadang-kadang terputus hubungan. 

Bagaimana kita nak berhubung dengan yang di langit pertama (makhluk planet lain) di angkasa?
Bintang terjauh di langit pertama sahaja adalah 13 billion light-year. Bermakna , perlukan 13,000,000,000 tahun untuk cahayanya sampai ke mata kita. Oh, nenek moyang kita pun tak lahir lagi.

Nak ke Johor 5 jam kelajuan kereta. 
Nak ke bintang bertahun-tahun kelajuan cahaya, erk...

Itu baru langit pertama. 
Bagaimana dengan langit ke-2, hingga ke-7? 

=====

{ فَقَضَىٰهُنَّ سَبۡعَ سَمَٰوَاتٖ فِي يَوۡمَيۡنِ وَأَوۡحَىٰ فِي كُلِّ سَمَآءٍ أَمۡرَهَاۚ وَزَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَٰبِيحَ وَحِفۡظٗاۚ ذَٰلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ }

Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

[Surah Fussilat: 12]
=====

Langit ciptaan Allah amat luas. 
Dan kita manusia amat kerdil. 
Jika direnung pemikiran kecil seorang hamba, bagaimanalah untuk kita berhubung dengan Yang Maha Kuasa. 

Terasa kecil sangat.
Tak signifikan. 

Bahkan ketika bintang tu ada (13 billion tahun lalu), kita ni tak wujud lagi.

======
{ هَلۡ أَتَىٰ عَلَى ٱلۡإِنسَٰنِ حِينٞ مِّنَ ٱلدَّهۡرِ لَمۡ يَكُن شَيۡـٔٗا مَّذۡكُورًا }

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut ?

[Surah Al-Insân: 1]
=======

Tetapi, Allah mengajar sesuatu. 
Bahawa kita boleh jadi signifikan. 
Jika memilih memenuhi tujuan penciptaan. 

Bahkan kita ni jadi signifikan, dipedulikan Malaikat yang mahu memohon ampun untuk kita.

=====
{ ٱلَّذِينَ يَحۡمِلُونَ ٱلۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُۥ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَيُؤۡمِنُونَ بِهِۦ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْۖ رَبَّنَا وَسِعۡتَ كُلَّ شَيۡءٖ رَّحۡمَةٗ وَعِلۡمٗا فَٱغۡفِرۡ لِلَّذِينَ تَابُواْ وَٱتَّبَعُواْ سَبِيلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِيمِ }

Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.

[Surah Ghâfir: 7]
=====

Satu lagi, PedomanNya mendidik kita untuk dzikr.

Ingat Allah s.w.t
Ingat Allah s.w.t
Ingat Allah s.w.t

Bila kita ingat Allah s.w.t, Dia pun akan ingat kita. 

=====
{ فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ }

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya akan Aku ingat kepadamu. Bersyukurlah kamu kepadaku dan janganlah kamu ingkar kepadaku." 
[Surah Al-Baqarah: 152]
=====

Berhubunglah dengan Dia.
Ingatlah akan Dia. 
Syukur & jangan ingkar. 
Bila ingat kepadaNya, Dia akan ingat pada kita.
Terhubung.

Meskipun terasa kita ni amat kerdil berbanding luasnya kekuasaan Allah s.w.t meliputi langit & bumi. 

Solat yang dilakukan saban hari, 
Sudahkah berfungsi untuk ingat Allah s.w.t? 

=====
{ إِنَّنِيٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعۡبُدۡنِي وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكۡرِيٓ }

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.

[Surah Tâ-hâ: 14]
======

Sudahkah solatku banyak ingat Allah s.w.t agar Allah s.w.t ingat kepadaku?

Dzikrillah, itulah yang besar (utama).

=======
{ ٱتۡلُ مَآ أُوحِيَ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ }

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; 

dan sesungguhnya peringatan daripada Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

[Surah Al-`Ankabût: 45]

========

Andai solat kita lalai, 
terlupa langsung peringatan daripada Allah s.w.t 
dan tidak ingat kepadaNya, 
mari koreksi diri. 

Jangan sampai jadi golongan munafiq.
Yang tidak ingat Allah s.w.t kecuali sedikit dalam solatnya

=====
 وَإِذَا قَامُوٓاْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلٗا 

Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali.
[Surah An-Nisâ': 142]
======

______________

Refleksi nota Quran Week (Ustaz Nouman Ali Khan) surah Al-Insan

Ulasan