Pernah dengar sejarah Nabi Yunus yang pernah berada dalam perut ikan dalam laut yang gelap?
Pernah dengar sejarah Nabi Yusuf yang dimasukkan jauh ke dalam perigi gelap?
Bersendirian.
Keseorangan.
Tetapi Allah Maha Mengetahui.
Dia tahu keberadaan Nabi Yunus a.s yang tak putus-putus bertasbih memohon ampun.
Dia tahu keadaan Nabi Yusuf a.s yang masih kanak-kanak dibuang di perigi.
Dan hanya kepada Dialah tempat bergantung harap selama-lamanya setiap masa.
Kerana, Dia Maha Mengetahui.
{ ۞وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ ٱلۡغَيۡبِ لَا يَعۡلَمُهَآ إِلَّا هُوَۚ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِۚ وَمَا تَسۡقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعۡلَمُهَا وَلَا حَبَّةٖ فِي ظُلُمَٰتِ ٱلۡأَرۡضِ وَلَا رَطۡبٖ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَٰبٖ مُّبِينٖ }
Dan kunci-kunci semua perkara ghaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahuinya selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daunpun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata.
[Surah Al-An`âm: 59]
Tidak ada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya.
Berapa banyak spesies pokok yang ada di setiap negara & benua?
Berapa banyak daun gugur tidak dipedulikan sesiapa tetapi Dia tahu saat setiap satu gugur.
Biji benih yang mengakar dalam kegelapan bumi, tiada siapa yang peduli dan tahu.
Tapi setiap satu, ada tertulis dalam Lauh Mahfuzh.
https://youtu.be/buLJ8PHK_nM
Bahkan setiap yang basah dan kering, semua maklumat ada dalam kitab yang nyata.
Hidup dengan nama Allah Al-'Aleem
Allah s.w.t Maha Mengetahui setiap pergerakan daun.
Dia juga mengetahui setiap gerak langkah kakiku, setiap pergerakan jari-jemariku.
Dia mengetahui keadaan biji benih dalam kegelapan bumi.
Dia mengetahui keadaan hatiku meskipun dalam gelap jasad tersembunyi.
Dia mengetahui segala yang kering dan basah.
Dan setiap kali mata membasah kerana menangis, Dia Maha Mengetahui keadaanku.
Justeru,
Berdoa dan bermohonlah kepada Allah sentiasa...
Seperti Nabi Yunus a.s yang tak putus² bertasbih dalam kegelapan perut ikan, dalam laut yang dalam & gelap.
Percayalah kepada Allah s.w.t sebagaimana Nabi Yusuf a.s yang muhsin, ditenteramkan Allah s.w.t saat berada dalam perigi yang gelap bersendirian.
{ فَلَمَّا ذَهَبُواْ بِهِۦ وَأَجۡمَعُوٓاْ أَن يَجۡعَلُوهُ فِي غَيَٰبَتِ ٱلۡجُبِّۚ وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡهِ لَتُنَبِّئَنَّهُم بِأَمۡرِهِمۡ هَٰذَا وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ }
Setelah mereka pergi dengan membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan kami pula ilhamkan kepadanya:" Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan terselamat, dan) akan memberi tahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak sedar (dan tidak mengingatinya lagi) ".
[Surah Yûsuf: 15]
Ulasan
Catat Ulasan