Masa di matric dulu, saya ada seorang kenalan yang asyik keluar.
Khusus ke Putrajaya.
Ada urusan katanya.
Lama kemudian, setelah dia berjaya dengan misinya, baru tahu dia diuji tiada Kad Pengenalan sebagai warganegara Malaysia. Selama bertahun-tahun, barulah ketika itu dia berjaya dapat kad pengenalan sebagai warganegara Malaysia.
Punca?
Pihak autoriti di negerinya (Sabah) , "jual" surat beranaknya masa dia lahir kepada warga asing. Ibu bapanya sebagai orang kampung yang tidak tahu akses urus hal tersebut, sulit bantu anaknya.
Justeru dia membesar di Malaysia tanpa identiti kewarganegaraan
Susah nak duduki UPSR.
Susah nak duduki SPM.
Saya terlupa bagaimana dia urus peperiksaan² besar. Cuma dia pernah bercerita bahawa dia penat & kecewa lalu dia putus asa daripada menduduki peperiksaan tersebut. Tapi cikgu sekolahnya yang akan pujuk & usahakan untuk dia tetap boleh ambil peperiksaan.
"Habis tu camna boleh masuk UIA?"
"Tak tahu. Saya ni, borang permohonan pun tak isi. Dokumen semua tiada. Tiba-tiba dapat surat tawaran ke sini."
Mendengar kisahnya, terasa "ajaib".
Tidak ikut "hukum" kebiasaan.
Kalau nak masuk Universiti, haruslah keputusan exam bagus. Dan haruslah ada identiti.
Tapi ada juga orang kampung jauh di pedalaman, tiada akses banyak hal, tidak didengari suaranya, tapi berjaya dapat tempat di Universiti.
Peristiwa ini mengingatkan saya tentang "Kun Fayakun".
Malam tadi, Ustaz Nouman banyak menerangkan tentang dua jenis alam.
Satu, alam ciptaanNya (عالم الخلق)
Dua, alam perintahNya (عالم الأمر)
Alam ciptaanNya sarat dengan hukum ciptaan , merangkumi semua disiplin ilmu fizik, kimia, biologi dan sebagainya. Misalnya, nak dapat tenaga, kena makan. Nak bakar, guna api. Nak anak, perlu ikatan perkahwinan.
Alam perintahNya pula, bebas daripada sebarang hukum. Cukup dia perintahkan "كُنْ" (Jadilah) maka jadilah ia "فَيَكُون" . Misalnya pemuda Kahfi tetap ada tenaga tanpa makan selama 309 tahun. Nabi Ibrahim a.s tidak terbakar bila dimasukkan ke dalam api. Maryam melahirkan anak (Nabi Isa a.s) tanpa disentuh lelaki.
Mengenang peristiwa rakan sabahku yang duduk jauh di kampung pedalaman, suaranya tidak didengari di alam ciptaan. Tetapi, doanya sampai ke 'alam Amr membuatkan dia berjaya mendaftar di Universiti tanpa dokumen kad pengenalan.
Realiti, kebanyakan kita terlalu fokus pada alam ciptaanNya lalu menggunakan logik akal semata-mata untuk capai misi keduniaan.
Ada yang mengabaikan alam perintahNya dengan mengabaikan Al-Qur'an.
Misalnya,
Mahu negara yang kaya & membangun, lalu rujuk disiplin ilmu ekonomi & perbankan sahaja.
Tidak rujuk panduan surah Saba' atau Adz-Dzariyaat.
Mahu kaya & berpengaruh kuasai media massa dengan rujuk teori² komunikasi & media sahaja,
Tidak rujuk panduan Asy-Syuarak & Al-Hujuraat.
Mahu dicintai pasangan dan disantuni anak-anak sebaiknya dengan rujuk ilmu percintaan & keibubapaan sahaja,
Tidak rujuk panduan surah At-Tahrim, At-Taghabun, Luqman & Maryam
Duhai jiwa yang terlalu mengejar dunia fana, ketahuilah bahawa jiwa terlalu dahagakan santapan wahyu. Itulah panduan hidup yang datang dari alam perintahNya.
Ruh yang di dalam jasad itu, datang dari 'alamul amr. Dan perlukan hidangan Quran (Ar-Ruh) untuk mampu tenang.
Ash-Shura 42:52
وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدْرِى مَا ٱلْكِتَٰبُ وَلَا ٱلْإِيمَٰنُ وَلَٰكِن جَعَلْنَٰهُ نُورًا نَّهْدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنْ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِىٓ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,

Ulasan
Catat Ulasan