Di syurga, kita bersenang-lenang

 


Di syurga nanti, tak perlu susah² nak minum air yang kita suka.
Tak perlu susah² bekerja dapatkan duit untuk beli minuman.
Tak perlu susah² nak jalan ke peti sejuk
Boleh terpancar je air minum ikut mana yang dikehendaki.
=======
إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur"
عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ ٱللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا
Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
Al-Insan 76:5-6
=========
Realiti syurga itu tempat bersenang-senang.
Jika di dunia,
terlihat dialah yang bertungkus-lumus memberi & berbakti,
Ternampak kelibat dia yang buka peluang pekerjaan agar banyak keluarga cukup makan.
Terlihat sabarnya dia diuji karenah manusia.
Di akhirat, dia bersenang-senang dengan segala yang di syurga.
Nak makan pun tak perlu susah² masak bagai.
Tapi buah tu sendiri yang datang kepadanya.
=======
وَدَانِيَةً عَلَيْهِمْ ظِلَٰلُهَا وَذُلِّلَتْ قُطُوفُهَا تَذْلِيلًا
Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.

Al-Insan 76:14
=========
Hawa nafsu memang rasa sulit berbuat baik.
Tapi Iman yang takut Hari Akhirat menggagahkan jasad untuk terus berbuat.
Andai benar punya cita-cita mahu bertemu Allah s.w.t
Persiapkan diri dengan Amal bakti yang berpasak Iman


Ulasan