Firaun,
Khusus dalam Quran, merujuk penguasa Mesir yang kaya dan memperhambakan Bani Israil.
Kenapa Firaun perangai sebagai Tuhan Yang layak perintah apa-apa sahaja?
Ingat lagi sejarah kemasukan Bani Israil ke Mesir? Tatkala berlaku bencana kemarau 7 tahun, Nabi Yusuf a.s. yang bijaksana telahpun mengurus khazanah alam di Mesir agar memampukan Mesir bertahan.
Apa berlaku, manusia² daripada negara lain mendapatkan bantuan daripada Mesir. Termasuklah ahli keluarga Nabi Yusuf a.s. Yang akhirnya mereka berhijrah dari Palestin ke Mesir.
Salah seorang ahli di Istana Firaun pernah mengingatkan Firaun akan ajaran Nabi Yusuf a.s.
=====
{ وَلَقَدۡ جَآءَكُمۡ يُوسُفُ مِن قَبۡلُ بِٱلۡبَيِّنَٰتِ فَمَا زِلۡتُمۡ فِي شَكّٖ مِّمَّا جَآءَكُم بِهِۦۖ حَتَّىٰٓ إِذَا هَلَكَ قُلۡتُمۡ لَن يَبۡعَثَ ٱللَّهُ مِنۢ بَعۡدِهِۦ رَسُولٗاۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٞ مُّرۡتَابٌ }
"Dan demi sesungguhnya! Nabi Yusuf telah datang kepada kamu dahulu dengan membawa keterangan-keterangan (yang membuktikan kerasulannya), maka kamu tetap juga dalam keraguan mengenai apa yang disampaikannya kepada kamu sehingga apabila ia mati, kamu berkata: Allah tidak akan mengutuskan lagi Rasul sesudahnya; demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang melampau kederhakaannya, lagi yang ragu-ragu kepercayaannya (terhadap balasan Tuhannya),
[Surah Ghâfir: 34]
=====
Bila si penguasa rasa diri hebat "menyelamatkan" manusia lain, mulalah rasa mahu mengungkit apa nikmat yang diberi. Mahu semua manusia taat kerana "Bukankah aku yang selamatkanmu?"
Firaun turut mengancam Nabi Musa a.s. dengan kaedah ini.
=====
{ قَالَ أَلَمۡ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدٗا وَلَبِثۡتَ فِينَا مِنۡ عُمُرِكَ سِنِينَ }
Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?
[Surah Ash-Shu`arâ’: 18]
=====
Mengungkit nikmat untuk raih ketaatan manusia lain.
Perbuatan sebegini dilarang
Bahkan Allah ancam.
Siapa yang memberi, kemudiannya mengungkit. Hilang langsung pahala atas infaq.
=====
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِي يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفۡوَانٍ عَلَيۡهِ تُرَابٞ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٞ فَتَرَكَهُۥ صَلۡدٗاۖ لَّا يَقۡدِرُونَ عَلَىٰ شَيۡءٖ مِّمَّا كَسَبُواْۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَٰفِرِينَ }
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
[Surah Al-Baqarah: 264]
=====
Timbul persoalan "Habis Tu, tak boleh ke nak minta tolong?"
Tiada masalahnya untuk meminta tolong. Hidup ini memang untuk memberi.
Yang perlu dijaga adalah jalannya.
Ada jalan meminta tolong atau mengharapkan respon ketaatan kerana kelemahan sendiri.
"Boleh tak tolong saya. Saya lemah. Saya sakit. Saya perlukan bantuan. Tolonglah saya."
Jalan ini berbeza dengan mengungkit.
"Saya dah bagi awak ini. Saya dah tolong awak ini. Ingat tak? Sekarang awak kena tolong saya ini."
Jika ada manusia begitu hadir, bagaimana hati merespon?
Kebanyakan manusia tidak suka diugut melakukan sesuatu dengan diungkit nikmat-nikmat.
Ini, perintah harapkan ketaatan Gaya Firaun.
Mengapa tidak meminta tolong tanpa mengungkit?
Ulasan
Catat Ulasan