Dia nampak tak selesa. Macam ada sesuatu yang tak kena. Matanya sekejap-sekejap melirik ke satu arah.
"Aku nak jumpa si fulan. Nak ingatkan dia yang selama ni aku dah banyak tolong dia." Dia akhirnya bersuara.
"Dia buat salah kat kau?"
"Kau marah sebab dia lupa kebaikan kau."
"Aku bukan nak mengungkit. Tapi..."
"Ya memang sakit hati bila tahu ada orang tak hargai & hormati kita. Lebih-lebih lagi kalau kita dah banyak tolong orang tu."
"Kau rasa patut tak aku marah dia sekarang."
"Apa yang kau lalui sekarang memang tak mudah. Kita ni manusia lemah, mudah terguris hati. Tapi kau ada dua pilihan sekarang."
"Apa dia?"
"Pilihan pertama, kau marah & ingatkan dia semua kebaikan yang kau dah bagi. Harapnya dia insaf. Tapi risiko semua amal kau buat baik pada dia terhapus, Allah tak nak nilai. Bahkan kau berisiko dilihat sebagai kafir pada Allah s.w.t"
"Ish. Kau biar betul."
"Tak tipu. Kau tengok surah Al-Baqarah ayat 264 . "
"Apa pilihan satu lagi?"
"Kau istighfar, kau mohon lindung daripada syaitan. Kemudian luruskan balik niat kau tolong dia tanpa harap sebarang penghargaan terima kasih. Cukup Allah sahaja yang hargai amal kau. Nanti kat syurga, kau akan bertemu Allah s.w.t & Dia akan beri kau minum dan hargai semua yang kau dah buat."
"Haa, aku nak yang ni lah. Tapi aku masih marah ke dia. Macam mana?"
"Sabaaar."
======
{ وَیُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِینࣰا وَیَتِیمࣰا وَأَسِیرًا ( إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا نُرِیدُ مِنكُمۡ جَزَاۤءࣰ وَلَا شُكُورًا (9) إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا یَوۡمًا عَبُوسࣰا قَمۡطَرِیرࣰا (10) }
Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
[Surah Al-Insân: 8-10]
{ وَإِذَا رَأَیۡتَ ثَمَّ رَأَیۡتَ نَعِیمࣰا وَمُلۡكࣰا كَبِیرًا (20) عَـٰلِیَهُمۡ ثِیَابُ سُندُسٍ خُضۡرࣱ وَإِسۡتَبۡرَقࣱۖ وَحُلُّوۤا۟ أَسَاوِرَ مِن فِضَّةࣲ وَسَقَىٰهُمۡ رَبُّهُمۡ شَرَابࣰا طَهُورًا (21) إِنَّ هَـٰذَا كَانَ لَكُمۡ جَزَاۤءࣰ وَكَانَ سَعۡیُكُم مَّشۡكُورًا (22) }
Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".
[Surah Al-Insân: 20-22]
_____________
Refleksi Quran Week Al-Insan oleh Ustaz Nouman Ali Khan.
Ulasan
Catat Ulasan