Ada orang, mudah nak taat kepada perintahNya.
Ada juga yang rasa enggan, memberontak untuk tunduk.
Ketika dada (sadr) sempit daripada penerimaan Islam, tindakan jasad menzahirkan pengingkaran demi pengingkaran.
Sebaliknya, jiwa kehambaan moga² dilapangkan dadanya untuk terima Islam dengan amal pengabdian.
{ فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُۥ لِلۡإِسۡلَٰمِۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُۥ ضَيِّقًا حَرَجٗا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي ٱلسَّمَآءِۚ كَذَٰلِكَ يَجۡعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ }
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan kekotoran kepada orang-orang yang tidak beriman.
[Surah Al-Anʿām: 125]
Manusia yang memilih jalan tidak beriman, misalnya dengan mengabaikan usaha faham apa yang Nabi sampaikan iaitu Quran, dikhuatiri membiarkan dadanya semakin tercemar dengan bisikan syaitan.
Bisikan syaitan itu di sadr (surah An-Nas)
Quran juga penawar di sadr (Yunus : 57)
Dada yang tiada wahyu umpama mengizinkan bisikan syaitan mendominasi, mencorakkan hati.
Andai dada sempit daripada penerimaan Islam, kelas-kelas agama jadi kebencian. Ilmu wahyu dikesampingkan.
Tanpa sedar semua itu adalah azab dunia.
Disangka "kebebasan"
Tapi terpenjara dengan banyaknya tuhan² lain (hawa nafsu, syaitan dan lain²)
Ya Allah, lapangkanlah dadaku.
{ قَالَ رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِی صَدۡرِی (25) وَیَسِّرۡ لِیۤ أَمۡرِی (26) وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةࣰ مِّن لِّسَانِی (27) یَفۡقَهُوا۟ قَوۡلِی (28) }
[Surah Ṭā-Hā: 25-28]
Ulasan
Catat Ulasan