Kerana Dia pemilik syurga & neraka



Sedang baca ayat-ayat sejarah. 
Allah s.w.t sedang bicara tentang iblis dan mereka (yang ikut syaitan). 

Tiba-tiba.

Kembali ke perspektif sekarang. 
Allah s.w.t sedang berinteraksi denganku. 
Allah sedang mengancam diri yang membaca wahyu.

"Eh, saya ke yang diancam masuk neraka? Tadi tengah cakap pasal orang lain."

=====
{ قَالَ ٱخۡرُجۡ مِنۡهَا مَذۡءُومٗا مَّدۡحُورٗاۖ لَّمَن تَبِعَكَ مِنۡهُمۡ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمۡ أَجۡمَعِين }

Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu semuanya;

[Surah Al-Aʿrāf: 18]
=====

Rasa macam kena tarik _into the scene_ sekali. Jadi watak dalam sejarah. 

Berhati-hatilah. 

Syaitan itu, akan duduk atas jalan yang lurus. 
=====
{ قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِي لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٰطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ }

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

[Surah Al-Aʿrāf: 16]
=====

Muslim yang berjalan atas jalan lurus akan cuba disesatkan dari hadapan, belakang, kanan dan kiri. 
=====
{ ثُمَّ لَأٓتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيهِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَٰنِهِمۡ وَعَن شَمَآئِلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَٰكِرِينَ }

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
[Surah Al-Aʿrāf: 17]
=====

Barangsiapa yang ikut syaitan, akan dimasukkan ke neraka jahannam
 
Kad pengenalan beragama Islam di dunia tak jamin selamat daripada neraka jahannam.

Kalau penuhi syarat, hidup ikut syaitan, berisiko masuk neraka sekali. 

Justeru, bawalah bekal taqwa. 

Syurga itu milikNya. 
Tak boleh dimasuki dengan angan-angan. 

Neraka itu milikNya. 
Tak boleh juga selamat daripadanya dengan suka bermaksiat sambil berangan-angan akan diampunkan tanpa usaha taubat yang benar.

Ulasan