Al-'Araf dibuka dengan peringatan jangan ambil selain Allah s.w.t sebagai auliya' (pemimpin).
=====
{ ٱتَّبِعُواْ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡ وَلَا تَتَّبِعُواْ مِن دُونِهِۦٓ أَوۡلِيَآءَۗ قَلِيلٗا مَّا تَذَكَّرُونَ }
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
[Surah Al-Aʿrāf: 3]
=====
Pada muka surat ketiga al-Araf, dah jumpa dah auliya' pertama selain Allah s.w.t
=====
{ يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٰتِهِمَآۚ إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ }
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. *Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.*
[Surah Al-Aʿrāf: 27]
=====
Syaitan sebagai pemimpin yang diikuti?
Masalahnya kita tak nampak syaitan.
Bisikannya dalam sadr (dada) seperti pemikiran sendiri.
Solusinya ada pada ayat ke-3 di atas.
Tak perlu nampak siapa yang bisikkan dalam dada.
Yang lebih penting, ikut apa yang Dia turunkan (Quran).
Jangan ikut selainnya.
Seperti sejarah Nabi Adam a.s.
Ikutlah apa yang Allah s.w.t perintahkan. Jangan dekati pohon terlarang.
Usah ikuti apa² bisikan yang seru selainnya. Usah terpedaya dengan janji hidup selamanya di syurga atau jadi malaikat jika makan dari pohon terlarang.
Usah terpedaya dengan janji-janji selainNya.
"Takpe buat dosa, kau gerenti masuk syurga."
Usah percaya.
Bertaqwalah.
Taubat.
Beriman dan beramal.
Kerana janjiNya syurga untuk Yang beriman & beramal soleh.
Bukan untuk yang berangan-angan masuk syurga sambil menikmati kesenangan dunia, tanpa rasa bersalah bergelumang maksiat, ingkar kepadaNya.
Ulasan
Catat Ulasan