Ada manusia, diciptakan Tuhan.
Diberikan potensi pendengaran, penglihatan & hati.
Boleh mendengar.
Boleh melihat.
Boleh berfikir.
Tapi, dia menggunakan kapasiti pendengaran, untuk mendengar semua yang disukainya, melainkan ayat-ayat Tuhan.
Dia menggunakan kapasiti penglihatan, untuk melihat semua yang dicenderungi, melainkan untuk memerhatikan tanda-tanda kebesaran Tuhan.
Dia menggunakan kapasiti hati untuk merasa, menghayati & memikirkan semua yang mengasyikkan, tanpa terdetik memikirkan tentang Tuhan.
Saat kematian menjemput, hadir pada pertemuan denganNya pada Hari Kebangkitan, apa berlaku?
Dimasukkan ke dalam neraka.
=====
{ وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ }
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
[Surah Al-Aʿrāf: 179]
=====
Golongan manusia sebegini, ibarat binatang ternak.
Umpama lembu yang tak peduli apa yang berlaku persekitarannya.
Namun, sikap manusia jauh lebih teruk dari lembu.
Kerana lembu setidak-tidaknya mengakui kewujudan Tuhannya.
Justeru, bagaimana nak mulakan langkah keluar daripada kancah kelalaian yang mengakibatkan azab neraka ini?
Peduli kenal Tuhanmu.
Peduli untuk cari kebenaran.
Peduli untuk berkomunikasi dengan Tuhan melalui doa yang seru nama-namaNya.
=====
{ وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُواْ ٱلَّذِينَ يُلۡحِدُونَ فِيٓ أَسۡمَٰٓئِهِۦۚ سَيُجۡزَوۡنَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ }
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
[Surah Al-Aʿrāf: 180]
======
Ulasan
Catat Ulasan