Diselar dahi, rusuk & belakang dengan harta sendiri yang dibakar.



Simpan harta ni.
Sorok.
Jangan sampai orang tahu.
Supaya tak perlu bayar cukai. 
Zakat? Oh, Tiada sesiapa yang check. 

Ada manusia, ditakut-takutkan dengan kemiskinan masa hadapan. Lalu banyak menyimpan harta kononnya demi keselamatan masa depan.

Takut untuk memberi pada kerabat yang memerlukan.
Mahu terlepas daripada tuntutan cukai.
Enggan bayar zakat.
Lalu, bersusah-payah menyorok harta.

Tidak digunakan di jalan Allah swt seperti menafkahi keluarga. 
Tidak diberikan kepada yang memerlukan. 

Kecukupan rezeki itu memang suatu kerisauan ?

=====
 وَٱلَّذِینَ یَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا یُنفِقُونَهَا فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِیمࣲ (34) یَوۡمَ یُحۡمَىٰ عَلَیۡهَا فِی نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكۡوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمۡ وَجُنُوبُهُمۡ وَظُهُورُهُمۡۖ هَـٰذَا مَا كَنَزۡتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ فَذُوقُوا۟ مَا كُنتُمۡ تَكۡنِزُونَ (35) }
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

[Surah At-Tawbah: 34-35]
=====

Harta yang diistilahkan كَنْز adalah jenis harta yang :
1) Disimpan / ditanam , untuk disembunyikan daripada pengetahuan manusia.
2) Tidak dibayar zakat. 

Bolehlah orang beriman bersikap sedemikian?

"Tapi saya nak simpan untuk waktu-waktu kecemasan. Salah ke saya bersedia untuk waktu susah? Saya tak nak susahkan orang lain kalau² saya accident ke, sakit ke..." 

Susah tak nak jawab soalan ini?
Nampak logik.

Ilmu kebenaran diperlukan untuk menyikapi hal ini. 

Apakah yang difahami tentang rezeki?
Apakah tanggungjawab manusia yang dikurniakan rezeki harta? 

Hidup ini realitinya until mengabdi.
Bukan untuk merisaukan hal rezeki.

=====
{ وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِیَعۡبُدُونِ (56) مَاۤ أُرِیدُ مِنۡهُم مِّن رِّزۡقࣲ وَمَاۤ أُرِیدُ أَن یُطۡعِمُونِ (57) إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِینُ (58)
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

[Surah Adh-Dhāriyāt: 56-57]
=====

Memang ada konsep simpan keperluan untuk masa hadapan seperti teladan Nabi Yusuf a.s yang selamatkan Mesir daripada bencana kemarau.

Tapi.
Strategi ini tidak mengakibatkan hak-hak mereka yang memerlukan terzalimi. 

Jika diberi harta, infaqlah.
=====
{ يَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلۡ مَآ أَنفَقۡتُم مِّنۡ خَيۡرٖ فَلِلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٞ }

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
[Surah Al-Baqarah: 215]
=====

Kalau hati berat untuk bersedekah, paling kurang, penuhilah tanggungjawab zakat. 

Jangan tertipu dengan ketakutan yang dibisikkan syaitan.
=====
{ ٱلشَّيۡطَٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُكُم بِٱلۡفَحۡشَآءِۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةٗ مِّنۡهُ وَفَضۡلٗاۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ }

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
[Surah Al-Baqarah: 268]
=====

Jangan sampai...
Harta yang dikumpul & disembunyikan jadi bahan bakar mengazab diri,
Diselar dahi, rusuk dan belakang. 
Umpama seorang bakhil yang tatkala hadir manusia miskin kepadanya, 
dahinya berkerut, 
lalu badannya berpaling ke sisi 
sebelum membelakangkan si dia yang memerlukan. 

#009AtTaubah

Ulasan