Hidup ini, kita tahu adalah ujian.
Ada ujian kecil hari-hari.
Ada ujian besar sekali atau dua kali setahun.
Untuk apa Allah uji manusia?
Supaya manusia punyai kesempatan ambil pengajaran sementara masih hidup di dunia.
Hati orang munafik, sebaliknya...
======
{ أَوَلَا يَرَوۡنَ أَنَّهُمۡ يُفۡتَنُونَ فِي كُلِّ عَامٖ مَّرَّةً أَوۡ مَرَّتَيۡنِ ثُمَّ لَا يَتُوبُونَ وَلَا هُمۡ يَذَّكَّرُونَ }
Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka diuji pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?
[Surah At-Tawbah: 126]
=======
Setiap manusia, akan diuji dengan ujian besar setiap tahun.
Sekali atau dua kali.
Boleh jadi ujian itu adalah kehilangan kerja, atau gagal peperiksaan, atau bankrap atau kematian & kehilangan atau kemalangan, atau kerosakan harta-benda, atau bencana dan macam-macam.
Bagaimana sikap orang beriman bila diuji dengan ujian besar?
Ambil pengajaran untuk kembali kepadaNya.
Yang tak sedar-sedar, terus bersikap sombong.
Persis munafik yang tak berhenti menjatuhkan orang beriman.
.
.
.
Sebenarnya,
Baru je minggu lepas dapat berita bakal diuji kehilangan sumber mata pencarian yang selama ini jadi dana makan bulanan.
Mula-mula memang agak terkejut.
Mata & jari-jemari laju melayari media untuk cari kerja kosong terkait profesyen.
Bila dapat ayat ini, jadi penyembuh jiwa.
Bahawa memang manusia akan diuji dengan ujian besar setiap tahun.
Mengingatkan diri agar usah risaukan rezeki.
Fokus pada tindakan.
Hasilnya, terserah Allah s.w.t
Ulasan
Catat Ulasan